Tinggalkan rumah lama, pindah rumah sendiri

Nikmat apa lagi yang hendak didustakan. Alhamdulillah..syukur sangat2 pada Yang Maha Esa kerana dengan izinNya dapat jugak kami berpindah ke rumah sendiri. Saya memilih tarikh 23 Ogos 2021 (Isnin) sebab masa tu time saya oncall. Jadi, banyak masa untuk mengemas nanti. Pada asalnya nak hari Selasa (esoknya) tapi kita hanya merancang kan. Lori tak dapat jalan hari Selasa, kena awal ataupun Khamis. Baik pilih awal kan..tu yang jadi Hari Isnin... Ahad tu ronda2 dengan anak2 sekitar rumah lama yang bakal ditinggalkan. Sayu jugak rasa hati sebab kawasan taman tu memang sangat best!

Kedai makan dekat sangat. Pastu kedai runcit mini pun dekat. Boleh jalan kaki jer kalau nak ke sana ke mari. Kawasan yang sangat strategik. Berhampiran jalan besar. Student ramai area tu sebab hostel diorang belah belakang taman kami jer.

                                                           


                                                         

Ini gambar masa hari kejadian. Rumah yang kecik tu memang full dengan barang2 yang hendak diangkat. Itupun dah bawak ke rumah baru sebelum tu dah 2 trip naik kereta abah. Pastu kami takde perabot2 yang besar untuk dibawa macam katil ke, sofa ke. Yang ada mesin basuh, peti ais, meja belajar dan reban incik suami. Lori datang jam 9.30 pagi. Kira awal la kan. Sebab janji jam 10 pagi... Agak kelam kabut jugakla sebab ada lagi barang2 yang masih belum dikemas. Tapi dalam banyak2 lori yang saya cari, ini jer paling murah dapat. RM250 sekali pekerja.






Hari yang kami pindah tu, ma abah serta adik ipar ada datang. Sesungguhnya tanpa mereka tak tahulah macammana keadaan kami. Saya pun blur. Ma la yang paling banyak tolong kemas barang kami. Abah tolong angkat apa yang patot. Banyak hari jugakla diorang datang nak tolong tapi saya belum sedia nak kemas lagi. Blurr...hihi
Gambar kat atas tu rumah lama kami. Jenis rumah lama. Tapi area yang hot kata orang. Sebabnya industri kat situ. Rumah tu kami tinggal macam tu jer. Nanti kena datang semula untuk cat dan sesi pembersihan. Pulang kunci kat owner pada 2.09.2021 (Khamis)


Inilah lori yang kami sewa tu. Memang mampatla barang atas lori. Sebab ada reban tu jer...apapun..alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar. Masa pindah tu pagar belum siap. Paip kat belakang pun belum siap. Tapi xpela...as long ada api & air kira bolehla kan masuk. Slow2 buat kemudian. Paip kat belakang dengan paip untuk pam air tu pun ada kisahnya. Huhuhuhu....Nak boleh ke siap tu, memang macam2 hal kan.


Inilah rumah kami. Gambar ini diambil sebelum hari kejadianla. Tak dan nak beragmbar masa hari kejadian tu. Bizi sangat2 angkat barang...susun atur yang mana perlu. Banyak perkara yang hendak disetelkan. Syukur Ya Allah atas kurniaan rumah ini. Semoga menjadi syurga di duniaku bersama family.


Kos air dan eletrik bila nak masuk rumah baru












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...