Memang padu Sambal Gesek Pokmat

 Alhamdulillah syukur kepada Allah yang membuka pintu rezeki kepada hambaNya.

Dengan ini, saya melancarkan satu produk baru makanan kering iaitu sambal gesek pokmat.

Resepi original daripada aboh saya. 100% home made orang kata.

Sebenarnya idea ni tercetus masa nak lunch tu. Aboh memang jenis yang suka buat sambal bilis ni. Pastu saya dapat idea nak market kan sambal aboh tu. Saja jela letak kt status whatsapp. Ada yang tanya, saya jawab jela jual...

Pastu teruslah usha harga kat shopee berapa orang jual. Supaya tak over mahal mahu pun murah sangat kan...Adik2 saya pun marketing kat status whatsapp diorang jugak. Ada yang tanya2...kumpul2 order dalam belas2 yang nak... Kelam kabut aboh saya masa tu. hihihi....

Aboh nak bawak ma pergi check ma kat Klinik Chini. Kononnya nak beli barang2 keperluan untuk buat sambal tu kat Chini Atas la...Balik tu, aboh lupa beli belaka2... Gelabah dah abah ni...hihi

Petang tu cari jugak bahan2 yang nak kat Chini Timur sebab nak siapkan sambal untuk order yang perlu dipos esoknya. Ketung ketang la malam tu siapkan tempahan.



Masih dalam proses untuk penambah baikan packaging. Stiker pun baru je tempah. 
Setakat ni order dibuka sentiasa. Sekali buat pun tak banyak sangat demi menjaga kualiti dan rasanya. Kiranya setiap kali buat sambal ni memang order terhad. Biasa dalam 20 bekas sahaja.

Murah jer jual ni

RM10/120gram

Berminat nak rasa air tangan pokmat???

Roger saya : 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...