5 hotel terbaik di Kuala Lumpur

Hai korang!!!!

Selamat bertemu kembali. Jarang sangat nak update blog sekarang dek kekangan masa dan tenaga. hihi

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita sejak hampir setahun lebih yang lalu. Dah lama sangat tak staycation kat luar especially KL. Untuk korang yang nk staycation KL bolehlah teruskan pembacaan di blog saya ni ya sebagai panduan untuk korang. Harap2 lepas ni kerajaan akan melonggarkan SOP supaya kita boleh holiday merentas negeri. 

Saya nak share dengan korang pasal Hotel in Kuala Lumpur sebabnya di KL banyak tempat2 yang boleh kita lawati bersama family. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, antara perkara-perkara penting yang mesti kita ambil kisah adalah hotel yang mesra kanak-kanak. Oleh itu, 5 hotel yang saya cadangkan ini mempunyai kolam renang khas untuk anak-anak bermain.


Furama Bukit Bintang


Hotel ini terletak di Bukit Bintang dan cukup mesra keluarga. Berdekatan dengan kompleks membeli-belah dan strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Senang untuk kemana-mana tarikan di KL dengan menaiki Grab atau monorail

Mempunyai 27 tingkat dan ada tempat parking khas untuk para tetamu. Yang menariknya, boleh minta Kids Room Setup, dimana bilik ditukar menjadi bilik bertema khas untuk anak. Selain itu anak-anak boleh bermandi manda di kolam mandi kanak-kanak yang berada di tingkat 3 dan main di Wakaka Playland, iaitu kawasan bermain sebesar 10,000 kaki persegi untuk anak di bawah 12 tahun.


Ibis KLCC


Hotel Ibis yang moden ini terletak di pusat bandar dan sesuai untuk pasangan muda dengan anak kecil. Mempunyai dekorasi bilik yang moden, lengkap dengan minibar, coffee maker dan mempunyai pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Hotel ini juga menawarkan kolam renang infiniti di atas bumbung dan kolam renang kanak-kanak. Menu sarapan pagi juga mesra kanak-kanak dengan pilihan cereal dan waffle.


Dalam jarak 750 meter ke Menara Berkembar Petronas dan tarikan yang berdekatan seperti Aquaria KLCC dan Taman KLCC.


 

Sunway Putra Hotel


Antara hotel yang terletak dalam lokasi yang sangat strategik di Kuala Lumpur. Hotel ini terletak betul2 berhadapan dengan Putra World Trade Centre (PWTC). 

Apa yang menariknya pasal hotel ini adalah tempat makannya sangat luas dengan mempunyai hampir 80 outlet/gerai makanan yang menyediakan pelbagai menu pilihan makanan.

Kedudukan hotel ini yang bersambung terus dengan stesen transit aliran ringan akan memudahkan korang untuk akses ke lokasi hotspot yang lain antaranya KL Central, Publika, Mont Central, dan Bangsar.

Jika korang daripada KLIA,pemanduan korang akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jarak untuk ke KLCC pula lebih kurang 3km sahaja.


 

Dorsett KL

Hotel yang menjadi pilihan di kalangan badan korporat untuk menganjurkan acara mesyuarat atau keraian kerana mempunyai akses bilik untuk acara keraian yang luas serta menepati kehendak dan keperluan korang.

Lokasi hotel yang terletak berdekatan dengan Bukit Bintang dan mudah untuk ke sana kerana monorail Bukit Bintang hanya 0.3km sahaja jaraknya dari hotel ini.

Korang kena try pusat 'fitness centre' diorang kalau stay kat sini. Layanan yang sangat baik daripada staf membuatkan korang rasa sangat selesa untuk berkunjung ke sini lagi di masa yang lain. 



Hotel Berjaya Times Square


Salah satu hotel mewah yang mempunyai 14 jenis pilihan bilik yang mempunyai pelbagai kemudahan yang menatik. Antara yang menarik adalah Classic Penthouse, Empress penthouse dan Ambassador Penthouse. Korang akan merasa ibarat layanan VIP apabila stau kat sini ditambah lagi dengan konsep biliknya yang sangat mewah serta elegan. 

Lokasinya yang sangat strategik terletak di Jalan Imbi dan berdekatan dengan pusat beli belah terkemuka iaitu Berjaya Times Square di mana hotel dan pusat beli belah ini memang bersambung antara satu sama lain.

Untuk akses ke sini daripada KL Sentral, korang boleh menaiki KL Sentral monorail ke Imbi Monarail Stesen.

Jika korang ada perancangan nak ke ke Plaza Low Yat, Plaza Imbi atau Sungei Wang Plaza, hotel ini adalah yang terbaik untuk korang stay sebab memang dekat sangat jaraknya nak ke sana.




Demikianlah 5 pilihan hotel yang korang boleh jadikan panduan untuk menginap apabila stay di Kuala Lumpur. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...