Side income jual kasut secara LIVE

Alhamdulillah...akhirnya timbul jugak kerajinan untuk update blog yang dah bersawang ini. Siap expired dah domain ritu. Aduhai...takkan ku biarkan ia terus bersawang.

Cerita dan kisah tu banyak tapinya nak cerita pasal side income family kami sekarang. Start berniaga bulan 12 tahun lepas. Sehingga kini.

Berniaga jual kasut bundle. Rezeki ikut situ. Banyaklah jugak cabaran dan dugaannya.

Boleh usha page ----> Lucky 2 Bundle nk tengok live yang joki (my asben) dah buat.

Bermula dengan belas2 sahaja viewer, kini dah boleh maintain 20++ view dan pernah mencecah ratus view. Stok kasut tak banyak mana...sikit2 sahaja. Tapi kasut semua yang selected. Bukan beli by bale. Kiranya semua item yang kira okeyla. 

Alhamdulillah..dengan income jual kasut tu, lepaslah jugak bayar apa yang patot. Modal tak besar mana. Just rolling modal yang sedia ada.Itupun sebab dapat duit KWSP aritu, kitorang topapla sikit modal untuk beli kasut.

Biasanya live 2-3 kali je seminggu. Kalo sekali live xhabis lagi kaust yang ada, asben akan buat lagi sekali live...pastu topap kasut lain dengan hasil yang jual sebelum tu. Jemputlah like dan follow page tu ye.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...