5 hotel terbaik di Kuala Lumpur

Hai korang!!!!

Selamat bertemu kembali. Jarang sangat nak update blog sekarang dek kekangan masa dan tenaga. hihi

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita sejak hampir setahun lebih yang lalu. Dah lama sangat tak staycation kat luar especially KL. Untuk korang yang nk staycation KL bolehlah teruskan pembacaan di blog saya ni ya sebagai panduan untuk korang. Harap2 lepas ni kerajaan akan melonggarkan SOP supaya kita boleh holiday merentas negeri. 

Saya nak share dengan korang pasal Hotel in Kuala Lumpur sebabnya di KL banyak tempat2 yang boleh kita lawati bersama family. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, antara perkara-perkara penting yang mesti kita ambil kisah adalah hotel yang mesra kanak-kanak. Oleh itu, 5 hotel yang saya cadangkan ini mempunyai kolam renang khas untuk anak-anak bermain.


Furama Bukit Bintang


Hotel ini terletak di Bukit Bintang dan cukup mesra keluarga. Berdekatan dengan kompleks membeli-belah dan strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Senang untuk kemana-mana tarikan di KL dengan menaiki Grab atau monorail

Mempunyai 27 tingkat dan ada tempat parking khas untuk para tetamu. Yang menariknya, boleh minta Kids Room Setup, dimana bilik ditukar menjadi bilik bertema khas untuk anak. Selain itu anak-anak boleh bermandi manda di kolam mandi kanak-kanak yang berada di tingkat 3 dan main di Wakaka Playland, iaitu kawasan bermain sebesar 10,000 kaki persegi untuk anak di bawah 12 tahun.


Ibis KLCC


Hotel Ibis yang moden ini terletak di pusat bandar dan sesuai untuk pasangan muda dengan anak kecil. Mempunyai dekorasi bilik yang moden, lengkap dengan minibar, coffee maker dan mempunyai pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Hotel ini juga menawarkan kolam renang infiniti di atas bumbung dan kolam renang kanak-kanak. Menu sarapan pagi juga mesra kanak-kanak dengan pilihan cereal dan waffle.


Dalam jarak 750 meter ke Menara Berkembar Petronas dan tarikan yang berdekatan seperti Aquaria KLCC dan Taman KLCC.


 

Sunway Putra Hotel


Antara hotel yang terletak dalam lokasi yang sangat strategik di Kuala Lumpur. Hotel ini terletak betul2 berhadapan dengan Putra World Trade Centre (PWTC). 

Apa yang menariknya pasal hotel ini adalah tempat makannya sangat luas dengan mempunyai hampir 80 outlet/gerai makanan yang menyediakan pelbagai menu pilihan makanan.

Kedudukan hotel ini yang bersambung terus dengan stesen transit aliran ringan akan memudahkan korang untuk akses ke lokasi hotspot yang lain antaranya KL Central, Publika, Mont Central, dan Bangsar.

Jika korang daripada KLIA,pemanduan korang akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jarak untuk ke KLCC pula lebih kurang 3km sahaja.


 

Dorsett KL

Hotel yang menjadi pilihan di kalangan badan korporat untuk menganjurkan acara mesyuarat atau keraian kerana mempunyai akses bilik untuk acara keraian yang luas serta menepati kehendak dan keperluan korang.

Lokasi hotel yang terletak berdekatan dengan Bukit Bintang dan mudah untuk ke sana kerana monorail Bukit Bintang hanya 0.3km sahaja jaraknya dari hotel ini.

Korang kena try pusat 'fitness centre' diorang kalau stay kat sini. Layanan yang sangat baik daripada staf membuatkan korang rasa sangat selesa untuk berkunjung ke sini lagi di masa yang lain. 



Hotel Berjaya Times Square


Salah satu hotel mewah yang mempunyai 14 jenis pilihan bilik yang mempunyai pelbagai kemudahan yang menatik. Antara yang menarik adalah Classic Penthouse, Empress penthouse dan Ambassador Penthouse. Korang akan merasa ibarat layanan VIP apabila stau kat sini ditambah lagi dengan konsep biliknya yang sangat mewah serta elegan. 

Lokasinya yang sangat strategik terletak di Jalan Imbi dan berdekatan dengan pusat beli belah terkemuka iaitu Berjaya Times Square di mana hotel dan pusat beli belah ini memang bersambung antara satu sama lain.

Untuk akses ke sini daripada KL Sentral, korang boleh menaiki KL Sentral monorail ke Imbi Monarail Stesen.

Jika korang ada perancangan nak ke ke Plaza Low Yat, Plaza Imbi atau Sungei Wang Plaza, hotel ini adalah yang terbaik untuk korang stay sebab memang dekat sangat jaraknya nak ke sana.




Demikianlah 5 pilihan hotel yang korang boleh jadikan panduan untuk menginap apabila stay di Kuala Lumpur. 



Read more ...

Duit lesap angkara terjerat dengan scammer loan

Dalam dok berjaga2 tu kena jugak kt kepala sendiri. Dalam dok selalu baca pasal scammer tu...xtaulah...aku tewas sebab terjerat dengan scammer! aduhai...kisah sedih ni...Dah lama nak up..supaya jadi pengajaran buat semua. Sebelum ni bukan tak pernah buat loan ni...bukannya tak reti lansung mean zero info pasal loan ni. Dah nak terkena orang kata.

Okey..al kisahnya....saya memang sedang cari lubang untuk buat loan ni. So, apply via iklan2 kat facebook kalau tak silap sayalah...kalau korang perasan kat FB memang ada iklan pasal loan yang memerlukan kita isi form ringkas maklumat untuk diorang hubungi kita.


Inilah orang yang perdayakan saya. Mati2la saya ingat orang bank betul. Aduhai... Tak tahulah apa kena dengan saya masa tu. Mungkin excited orang nak offer loan kan...


Permulaan detik yang memilukan hati. Bermula 14 April 2021. Saya telah terpedaya.

15 April : Saya bagi bank statement dan slip gaji 3 bulan serta IC.

16 April : Mintak Penyata KWSP pulak. Saya yang lurus ni pun bagilah...Pastu dia mintak saya bagitahu nak apply berapa jumlah loan.
Saya tanya rate berapa : MUrah sangat 1.88% setahun tau.
Saya pun applyla 15k. Katanya lagi dalam 2 3 hari tahulah result. Siap pesan jangan pergi ke lain bank.

19 April : Dia tanya saya ada dapat call x dari officer menyatakan yang saya punya loan lulus ke x... (Komplot sungguhla time ni. Masa ni kenapalah tak terfikir nak cek no tel tu samada scammer ke x...) So, masa ni memang orang yang katanya 'officer' tu call bagitau loan saya lulus!!! So, saya tanya dia apa nak buat next...

Last2 saya apply untuk 10k selama 4 tahun. Jadi dia pun buatlah kira2... Sebulan rm224 sahaja. Okey deal! hahaha

Pastu dia call saya. Katanya kena byr stamp duty. Saya cakaplah kenapa xtolak dari jumlah loan yang dapat tu nnt. Saya tak ingat dah dia jawab apa. Saya terpedaya masa ni. Ooo..mungkin sekarang memang kena bayar dulu kot stamp duty tu. Saya terfikir camtu...bodohnyela... Dia kata kena bayar cepat...kebetulan petang tu katanya ada staff on duty yang handle pasal stamp duty ni... Dia akan tolong bayarkan stamp duty on behalf on me! Dia bagi detail untuk saya transfer.

Staff on Duty
Fitriani Binti Samsudin
158033348478
Maybank
10.000×3%=Rm300

refrence:tulis nama
other payment detail:ic number

Tengok nama tu...Melayu...huhu...sampai hati tipu duit sesama sendiri. Duit haram....kan...sedih giler rasa. Saya pun tanpa ragu2 terus transfer RM300 ke akaun dia. Menyesal giler tau.

Lepas dah transfer tu, kira boleh release paymentla...kata dia...saya kena ke Kuantan Branch. Saya mintak esoknya nak pergi sign tapi dia tak bagi sebab dia kata loan proses amik masa. Kena officer cek akaun bla2....

20 April 2021
Dia siap bagi saya transaction yg stamp duty tu. Lgilah percaya kan.


Scammer tu on contact dengan saya tanya progress duit dah masuk ke belum. Sampai ke malam tau. Jam 8 malam. Dia suruh saya cek tarnsaction history la...Floating...tapi memang takde pun. Suruh tunggu dan tunggu 10 minit...20 minit... Masa ni saya dha mula rasa dipermainkan. Dahla malam kan...Macam tak logik sangat diorang still kerja masa tu. Pastu dia offerkan diri nk tanya officer kenapa duit tak masuk dalam akaun saya lagi. So, saya tunggu officer call/wasap saya untuk info selanjutnya. Masa tu dah dekat jam 9.30 pm tau. Manalah saya tak angin kan... dahla memang rasa kena tipu dah time tu.

Malam tu jugak...dalam jam 9.54 tu officer dia wasap saya. Kata akaun saya x kredit mean xscore. Duit tak boleh masuk sebab dalam akaun kurang 1k. Jadi, saya pun cuba lagi ikot rentak dia. Saya topap dalam akaun saya supaya ada 1k sekarang. Nak tengok apalagi yang dia nak buat. Masa ni dah tahu saya konpem kena tipu. So, officer tu kata dia akan aktifkan scoring record saya dulu.

Then, nak tau apalagi game dia????

Dia kata kena transfer ke satu akaun ni sebanyak 1k untuk aktifkan scoring record tu. Pastu amik masa 30minit la...Nanti dia akn transferkan 11k ke dalam akaun saya. Saya cuma boleh guna 1k (yg memang duit saya) yang 10k tu boleh guna lepas sign aggreement kononnya.

Saya pun cakap kat dia yang saya akn bg by cash jer masa sign. Masa ni geram sangat dah.Konpem2 kena tipu...1K tu nk suruh tarnsfer! 

Shahrul Azhar Bin Samsudin
15131100066400
Rhb Bank

Tapi dia berkeras bagitahu tak boleh sign aggreement selagi xbagi scoring tu aktif. Pastu saya contact balik dengan yg mula2 tadi tu. Mintak refund semula duit saya yang rm300 tu. Tapi dia dh tak reply wasap saya...

Itulah kisah saya yang sedih. Moga menjadi pengajaran buat semua. Sebab excited kan... Tapi lepas tu saya lepas apply Personal Loan dengan Aeon...alhamdulillah...Terubat sikit kedukaan kena tipu sebanyak rm300 tu kan. Tapi mujurlah saya tak berterusan kena tipu. Bayangkan kalau saya tarnsfer rm1k tu kat dia...parah....mujurlah cepat2 tersedar dari lamunan. Dalam masa 5 hari duit saya lesap rm300.

sekian cerita saya pasal scammer loan.






Read more ...

Pizza Home made paling sedap

Saya ni memang penggemar pizza...dari zaman dok asrama dulu memang saya suka dine in Pizza Hut berbanding KFC, McD dll tu...

Kiranya Pizza menjuarai carta kalo ada siapa2 tanya nk makan kat mana masa outing tu.

Tu kisah dulula...Okey sekarang ni sejak jadi mak2 ni...memang selalu memikirkan frozen food untuk anak2...Terjumpalah dengan si penjual Pizza Geboo Rini ni.

Home made jer...based kt Kuantan. Sebelum ada try dah Pizza home made yang lain. Tapi yang ni...sumpah korang!!! seriusss sangat menepati citarasa korang tau! Dengan gebunya...dengan topping nya...Tak percaya?? korang boleh tryla...

Saiz lepas bakar jadi 10inci..sebesar pinggan kat kedai rm2 yang paling besar tu. Makan sepotong tak jadi apa. Kena makan lagi...hihi...Puah hati sangat2.

Topping ada pelbagai :




Topping pizza dan isi kandungan yang ada.

muka depan kotak pizza tu

Ni pizza frozen yer...bukan siap bakar. 
Harga ?

www.wasap.my/60129398584/pizzaRini

Saya agen dropship pizza ni. Kalau berminat untuk mencuba boleh contact saya yer.




Read more ...

Memang padu Sambal Gesek Pokmat

 Alhamdulillah syukur kepada Allah yang membuka pintu rezeki kepada hambaNya.

Dengan ini, saya melancarkan satu produk baru makanan kering iaitu sambal gesek pokmat.

Resepi original daripada aboh saya. 100% home made orang kata.

Sebenarnya idea ni tercetus masa nak lunch tu. Aboh memang jenis yang suka buat sambal bilis ni. Pastu saya dapat idea nak market kan sambal aboh tu. Saja jela letak kt status whatsapp. Ada yang tanya, saya jawab jela jual...

Pastu teruslah usha harga kat shopee berapa orang jual. Supaya tak over mahal mahu pun murah sangat kan...Adik2 saya pun marketing kat status whatsapp diorang jugak. Ada yang tanya2...kumpul2 order dalam belas2 yang nak... Kelam kabut aboh saya masa tu. hihihi....

Aboh nak bawak ma pergi check ma kat Klinik Chini. Kononnya nak beli barang2 keperluan untuk buat sambal tu kat Chini Atas la...Balik tu, aboh lupa beli belaka2... Gelabah dah abah ni...hihi

Petang tu cari jugak bahan2 yang nak kat Chini Timur sebab nak siapkan sambal untuk order yang perlu dipos esoknya. Ketung ketang la malam tu siapkan tempahan.



Masih dalam proses untuk penambah baikan packaging. Stiker pun baru je tempah. 
Setakat ni order dibuka sentiasa. Sekali buat pun tak banyak sangat demi menjaga kualiti dan rasanya. Kiranya setiap kali buat sambal ni memang order terhad. Biasa dalam 20 bekas sahaja.

Murah jer jual ni

RM10/120gram

Berminat nak rasa air tangan pokmat???

Roger saya : 





Read more ...

Kos nak masuk air dan elektrik rumah baru

Tanggal 30 April 2021 -----> Happy tak terkata bila dapat ambil kunci rumah baru.
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
Banyak nak kena spend duit ni...

 
1) Api
2) Air 
3) Gril
4) Perabot basic
5) Wiring
6) Lampu dan kipas

 

Antara lampu yang dibeli utk rumah baru nanti. Kipas beli 2 biji je sebab bajet masih kurang. Beli kat Focus Lighting, Kuantan. Ats rekemen aboh..memang tak g tepat lain dah. terus tuju ke situ...malas nak survey2...sebabnya penat bulan puasa...pastu si Ayra ada ikot...dia pun kurang sihat.


Esoknya teruslah pergi rumah baru. Selama ni tengok dari luar jer.hihi...Kawasan rumah ni cuma sederet jer. Belah belakang sekali...agak ke dalam la. Suka sangat anak2 dapat duduk rumah yang selesa. Ruang porch memang sangat luas.

view depan rumah...Ada 2 biji rumah mesra rakyat kat depan tu..Hutan lagi depan tu...masih dalam suasana tenang.

Isnin depan tu terus pergi TNB & PAIP untuk setelkan bekalan masuk api dan elektrik. Ingatkan terus setel tapi yela...ada jugak masalah yang timbul.

Yang TNB tu : Dah apply only tu ada dokumen yang xupload. mujurlah staf TNB yang entertain saya tu call esoknya. Dia yang tolong download dan masukkan dokumen yang tak lengkap tu. So setel dah...buat bayaran sebanyak RM263 secara online. Tunggu pihak TNB datang pasang meter jela. Sampai ke hari Jumaat masih belum dipasang...4 hari dari tarikh yang diapply.

Kes PAIP pulak : Isnin 3/5 tu jugak pergi paip dan setelkan bayaran RM110.
So pastu tunggu jela diorang datang pasang meter air tu. Tapi semalam, Rabu staf yg entertain sy call. Katanya pihak PAIP nak datang pasang meter dah tapi xlengkap lagi.. Ingatkan diorang yang setelkan belaka..huhu... Rabu tu jugak saya deal dengan tukang paip (serach dalm group pekan jer masa tu sebab xkenal sape2) Pagi ni khamis tukang tu siap dah buat dengan kos RM150 untuk barang dan upah. Dah siap pasang tu kena pergi PAIP pulak tunjuk gambar kat diorang. Aduhai...staf PAIP kata tukang pasang terbalik pulak. Tapi tukang kata dah betul dia pasang..dia ikot jer pemaju. So, petang nanti team PAIP akan datang tengok apa2 masalah dan akan terus pasang meter. InsyaAllah moga dipermudahkan segalanya...

Bab wiring dah usha2 3 tempat...uishhh...dlm 3k jugakla nk kena standby. Allahu akbar...Ya Allah..permudahkanlah urusanku...

Gril lepas raya datang pasang. lagi rm1.5k sebab dah bayar deposit 3 tahun yang lepas..punyalah lama kan...mujurlah dia xhilang lagi...



Read more ...

Refund Agoda

 Alkisahnya....

Booking hotel through agoda.com....Hotel kat Cherating jerla...jenis apartment. Tarikh 8/4/2021

Saja nak release sebelum Ramadhan...Nak ajak ma abah sekali join. Masa booking tu memang terus paymentla. Sebab tu dapat harga murah. Then sehari sebelum hari kejadian tu, saya pun bacalah T&C confirmation booking tu.

Tetiba, terperasan sesuatu.Pool xopen...So, saya call hotel nk confirmkn...YESS..pool xopen...Teruslah saya cari hotel yang lain yang boleh mandi..sebab tujuan utama nak bawak anak2 mandi pool...Bukan nak stay jer... 

Mujurlah ada lagi...Amik Swiss Garden Residence kat Balok. Rate harga pun lebih kurang jer. Tapi yang tu booking via Booking.com

Jadinya sekarang ada 2 tempat yang saya boleh pergi. Ikotkan T&C kalau cancel booking memang tak dapat refundlah. Jadi, saya call semula Hotel kat Cherating tu tanya macammana..Dia kata tryla contact Agoda. Saya pun teruslah chat dengan Agoda Customer Service tu. Alhamdulillah...refund ke Agoda Cash..Takpelah tak masuk akaun pun kan..Janji dapat refund.Pasni bolehlah booking lagi guna Agoda...


Next entri saya cerita short vacation kat Swiss Garden Residence tu ya.

Read more ...

Side income jual kasut secara LIVE

Alhamdulillah...akhirnya timbul jugak kerajinan untuk update blog yang dah bersawang ini. Siap expired dah domain ritu. Aduhai...takkan ku biarkan ia terus bersawang.

Cerita dan kisah tu banyak tapinya nak cerita pasal side income family kami sekarang. Start berniaga bulan 12 tahun lepas. Sehingga kini.

Berniaga jual kasut bundle. Rezeki ikut situ. Banyaklah jugak cabaran dan dugaannya.

Boleh usha page ----> Lucky 2 Bundle nk tengok live yang joki (my asben) dah buat.

Bermula dengan belas2 sahaja viewer, kini dah boleh maintain 20++ view dan pernah mencecah ratus view. Stok kasut tak banyak mana...sikit2 sahaja. Tapi kasut semua yang selected. Bukan beli by bale. Kiranya semua item yang kira okeyla. 

Alhamdulillah..dengan income jual kasut tu, lepaslah jugak bayar apa yang patot. Modal tak besar mana. Just rolling modal yang sedia ada.Itupun sebab dapat duit KWSP aritu, kitorang topapla sikit modal untuk beli kasut.

Biasanya live 2-3 kali je seminggu. Kalo sekali live xhabis lagi kaust yang ada, asben akan buat lagi sekali live...pastu topap kasut lain dengan hasil yang jual sebelum tu. Jemputlah like dan follow page tu ye.




Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...