Alhamdulillah...Lepas jugak hajat nak beli barber chair untuk kedai asben. Ada rezeki untuk menambahkan kerusi. Tak plan pun nak beli hari Selasa tu tiba je terdetik nak gerak ke Kuantan. Padahal pagi tu buat Laksa Sarawak. Menambahkan sedikit lagi rezeki buat famili. Gerak ke Kuantan dah jam 2....Sampai sana makan dulu pastu terus ke kedai FTK Trading tu beli barber chair. Dah setel terus balik hantar kerusi ke kedai tehn amik anak jam 5! Xde lansung pembaziran masa. Dah amik anak2 tu lajak ke rumah kami jenguk2 apa khabarnya di sana..
Sebelum pergi tu saya memang dah survay harga kerusi tu. Akceli bajet 1k untuk belanja beli kerusi tu. Pastu tengok harga kat shopee tu cuma RM880 sahaja. Mean ada balance la kan. So yang balance tu bayar upah pomen baiki kereta hari semalam. Aduhai...duit ni kejap je habis...ada je haluan dia kan...hihi
No comments:
Post a Comment