Review Swissbel Hotel, Kuantan

Alhamdulillah..tercapai jugak hasrat nk stay Hotel bawak anak2...Pergi time oncall..memang tak boleh pergi jauh2la kan. Just stay kt Kuantan jer. So, yang jadi pilihan adalah hotel baru kat Tanjung Lumpur..Swissbel Hotel namanya.



Hotel ni ada 27 tingkat...366 bilik...banyak giler kan. Saya book via agoda.com. Pay at the hotel RM208 exc breakfast. Okeyla...pagi2 bukan makan sangat pun. Masa check in tu dapat Tingkat 13. Saya pergi dengan adik ipar sekali. Masa tu booking kn sekali bilik untuk dia. Masa check in kena deposit sekali RM100/bilik. Layan gambar2 jerla kan...

1. Yang best sebab hotel ni bilik dia agak besar. Saya amik jenis superior twin bed. So far, untuk anak kecik 6orang ni sangat2lah selesa! 
2. Bilik air sebelah dengan katil. Pastu bercermin. Senang nak pantau anak2 bila diorang mandi sebab telus kan. Bila mak bapak mandi kenalah tarik blind tu..haha
3. Ada kolam yang siap mainan gelongsor dan baldi tumpah. Kanak2 sangatlah suka!
4. Sea view. Seriously sangat cantik!!! Angin punyalah kuat sampai terbang habis selipar anak2 masa kat kolam tu.
5. Ada banyak fasiliti seperti gym center, playground, play room.Ha! bilik sauna/steam pun ada tau
6. Bersih dan sangat nyaman.
7. Nak dinner pun dekat sebab restoran tersohor Restoran Ana Ikan Bakar dekat sangat dengan hotel tu.

Untuk yang stay kat sini dan nak mandi pool, kena ikut rules dia..ada guide diorang punya swimming suit tu. Kain cotton n jersey mmg xbolehla.


 Kesejukan sangat2. Lepas check in terus trn bawah mandi pool.

 View dari bilik saya 13-03

Ada ruang dapur. Okey sangat2la.

Dah penat berendam dalam kolam, boleh ke playground sebelah hujung

















view pool.

 bilik air transparent

 luas kan bilik ni??

 bilik gym

 play room



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...