Niaga Laksa Sarawak




Alhamdulillah....first trial menjual laksa sarawak. Share dengan member yang memang asal dari sarawak. Pengalaman yang baru... Seronok ada, penat pun ada...tapi pendek kata berbaloila kan...Kami siapkan sebelah malam kuahnya tu. Kiranya esok tinggal nak siapkan bahagian mihun dan rencah2 lain tu

Resepi laksa sarawak :

(lbh kurang untuk 50 pek)

1. Pes laksa sarawak 500g 4 pek (Haji Manan punya yang kitorang pakai) 
2. Udang 2kg  (rebus & ambil air sahaja)
3. Isi dada ayam 500g (rebus & ambil air sahaja)
4. Santan 1kg 1 kotak - Tak habis pun
5. 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
6. Sambal udang Yeos (2 tin) rahsia lagi sedap
7. Belacan
8. Gula & garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan

1. Taugeh 
2. Ayam yang dicarik
3. Udang rebus
4. Isi dada ayam
5. Telur dadar nipis2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...