Kembar dah 4 tahun

Simpan kat blog as kenangan. 
10.08.2016 kembar dilahirkan...
Happy Birthday twin yang ke-4

Alhamdulillah...syukur kepada Allah dikurniakan nikmat untuk membesarkan mereka serta dikurniakan kesihatan yang baik2 sahaja. Kehadiran kembar yang menambahkan keceriaan famili kecil ini.

First scan masa kt KKIA. Tak sangka sangat2...terkejut sangat2 dapat tahu pregnant twin. Dahla si kakaknya baru 5bulan masa tu...Ya Allah...bayangkanlah...betapa keciknya Kakak Iman masa tu nk dapat adik kembar pulak..Tapi yela..Allah kn sebaik2 perancang. Kakak sangat matang. Tiada istilah "kesian kakak..kecik lagi nak dapat adik pulak" Okey jer pun...


Gambar2 kat atas tu masa diorang kena tahan kat NICU sebab kuning. Selepas saya melahirkan twin, saya lansung tak dapat tengok diorang sebabnya keadaan saya yang masih tidak stabil. Hari ketiga baru dapat naik atas dan tengok...Sebak dan excited sama naik. Masa tu saya dah boleh discharge...Balik rumah dulu sebab rindukan kakak Iman. Pastu petang tu balik semula ke HTAA untuk stay dengan anak2 kat NICU tu. Akceli sy lupa apa nama tempat tu. Unsure NICU ye...rasa2nya jer...Tempat tu cuma parent je yang dibenarkan masuk. Ada satu bilik khas untuk baby2...pastu belah belakang dan tepi tu bilik untuk parents stay dengan anak2.




3 hari kat wad atas tu, dah boleh balik rumah...syukur sangat2....Al maklumlah saya kan ceaser..agak menyiksakan nak jaga twin seorang diri kat wad atas tu. Lebat rambutnya...masa ni payah jugak nak cam mana satu abang mana satu adik. Pastu mak suruh tanda dengan pakaikan gelang supaya tak tertukar nanti.









Antara gambar2 kenangan sepanjang tumbesaran kembar. Masa tu sewa kat rumah yang kecil. Senang sikit nak kepung. Al maklumlah tengah melasak kan.


Ni gambar masa raya PKP aidilfitri baru ni. ensem anak2 ibu ni...sweet2 ajer... mudah2an Hamka dan Hakim akan menjadi anak yang berguna di masa depan. Baik tingkah laku...Kenang jasa semua orang.

Kita celebrate next week yer kembar. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...