Restoran yang wajib singgah jika berada di Kuala Lumpur

Di dalam kesibukan kerja seharian, pasti mereka yang bekerja sukar untuk menyediakan makanan yang sedap dan enak buat orang tersayang. Maka dengan adanya restoran yang menawarkan harga makanan yang berpatutan mampu menarik perhatian ramai pengunjung di sekitarnya. 

Di bawah merupakan Restoran atau tempat makan yang popular area Kuala Lumpur yang boleh disinggah untuk menikmati menu yang best-best. 

1) Restoran Rebung Dato Chef Ismail



Chef Ismail siapa yang tidak kenal. Beliau merupakan chef dan pengacara rancangan masakan tidak kira di bulan Ramadhan atau tidak.

Emmm, pasti ramai yang teringin merasai masakan Chef Ismailkan. Masakkan yang sempurna lagi mengeliurkan. Siapa yang teringin merasai masakan Chef Ismail secara realiti boleh singgah ke Restoran Rebung Dato Chef Ismail.

Di restoran ini, anda boleh merasai pelbagai aneka pilihan masakan tradisional Melayu. Ianya bermula dari menu utama yang mengenyangkan seperti nasi sehinggalah kepada pencuci mulut.

Lokasinya terletak di Taman Botani Perdana, tempatnya sangat strategik, kerana selepas penat beriadah bersama keluarga boleh singah sebentar di Restoran untuk menikmati aneka makanan daripada Restoren Chef Ismail. Apa lagi, masukkanlah Restoren Rebung Dato Chef Ismail dalam checklist. 

2) Restoran Mee Tarik Warisan Asli


Bagi mereka yang mengemari Mee Tarik, bolehlah datang ke Restoren Mee Tarik Warisan Asli ini. Ianya terletak di Sungai Besi. Cawangan Mee Tarik ini adalah salah satu daripada 7 cawangan di seluruh Malaysia. Emm, rasa-rasanya kalau dah banyak cawangan rasa mee tarik ini pasti tidak akan memgecewakan.  

Restoran Mee Tarik ini diasaskan oleh seorang Cina Muslim yang berasal daripada China. Menu signaturenya adalah ‘mee soup with braised beef’ dan juga minuman ‘china ba bao tea'. 

Jadi, bagi anda yang ingin merasai makanan asli dari China yang halal anda boleh datang ke Restaurant ini. Anda boleh menikmati Mee tarik bersama sup panas asli resepi dari China. Setelah itu, segarkan tubuh badan dengan teh herba cina "China ba bao tea'. Tak rugi sekiranya kita keluarkan sedikit duit untuk menikmati keenakan masakan dari negara yang berbeza. 

3) Station 21



Station 21 adalah sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis sajian barat yang menjanjikan limpahan rasa yang bertaraf 5 bintang walaupun harga makananya bukan bertaraf 5 bintang. 

Hidangannya dikatakan tetap sama dari awal pembukaan sehinggalah kini. Menu seperti steak sangat empuk dan berjus, boleh pilih steak (half/well cook). Menu steak ini merupakan salah satu menu utama yang menjadi pilihan ramai kerana kelainan rasa kuah black peppernya. Anda perlu mencuba sendiri ke enakkan menu steak ini. 

Masakan lain yang disediakan seperti lamb chop, makanam berasaskan spaghetti, chicken chop dan lain-lain menu juga menjadi tumpuan ramai. Walaupun kedai bukan seperti hotel 5 star tetapi rasa yang di sediakan seperti 5 star hotel. 

4) Roti John Titiwangsa 


Pasti ramai peminat Roti John kerana Roti John ini mudah didapati di mana sahaja. Tetapi, Roti John Titiwangsa ini berbeza sedikit berbanding dengan Roti John biasa. 

Mengapa Roti John Titiwangsa ini berbeza dari Roti John yang lain? 
Roti John ini padat dengan isi seperti telur, sosej dan keju. Dengan ada pertambahan keju di dalam Roti John ini menyebabkan setiap gigitan akan terasa kejunya yang cair di mulut. 

Menu utama Roti John Titiwangsa ini adalah Roti John ayam, daging atau tuna. Anda yang ingin merasai sedikit kelainan rasa Roti John sangat di galakkan untuk mencuba Roti John Titiwangsa ini, pasti rasanya tidak akan mengecewakan. 

5) Restoran Kaw’d (Kaw'd Ampang Waterfront) 



Restoran Kaw'd ini menyediakan pelbagai menu yang sangat menyelerakan. Antara menu yang dihidangkan di sini adalah terdiri daripada beberapa buah konsep berbeza iaitu Coffee & Dessert, Asian Fusion, BBQue, Local Fusion dan American Soul Food. 

Bila menyebut kepelbagaian menu (menu mix fusion) pasti ramai yang memikir harganya yang mahal dan tidak berbaloi dengan kuantitinya. Tetapi ianya berbeza dengan Restoran ini, harga yang disediakan sangat berbaloi dengan rasanya. Jadi, jangan pernah risau akan harga yang bakal di berikan oleh Restoran ini. 

Rasa dan harga makanan yang superb berbaloi ini mampu memberikan peluang kepada ramai orang merasai ke enak makanan mix fusion ini. 

Jika rasa nak makan menu-menu ni semua, tak payah nak susah payah drive. Boleh duduk rehat sambil tonton TV dan order makanan apa yang ingin dinikmati dari aplikasi Foodpanda. Nanti makanan tu sendiri boleh sampai hingga ke muka pintu. 


Layari website Foodpanda, masukkan lokasi untuk tahu dimanakah lokasi restaurants near me yang boleh dibuat pilihan dalam penghantaran, buat tempahan menu yang diinginkan kemudian tunggu saja makanan tu sampai. Senang sangat-sangat! Terbaiklah Foodpanda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...