Kek Pandan Gula Melaka yang tersedap

Kisah ni bulan lepas punya...
Kebetulan adik yang dok kat Tampin tu balik after PKP...mnejadilah surprise birthday untuk ma!
Tarikh 28 Jun 2020 (Ahad)

Petang tu dalam jam 5 lebih camtu, terjadilah surprise buat ma yang tersayang. Terkejut ma tetiba ada kek...petang tu memang ada makanan2 macam serawa durian dan laksa penang yang ma buat untuk makan2 kami anak beranak ni. Orang jauh balik...hihi

Kek tu tempah dengan jiran dekat umah jer sehari sebelum tu. Petang Sabtu tu dah cari kek ready made kat kedai kek chini atas tapi takde yang berkenan. Mujurlah si Faizura tu nak amik order lagi last minit. Plan asal nak tempah kek tema orkid...last2 macam payah jer nk bg bunga orkid tu,last2 jadi kek pandan gula melaka.


Saiz 8 inci..Harga RM75

Rasanya sangat WOW!!! Giler best....cukup sangat rasa manis dan lemak.Krim dia pun xmuak lansung. Kiranya kek sebesar tu boleh habis sehari jer. Takdelah lama sangat nk habis dok dalam peti tu. Sebelum ni dah pernh try kek jenis ni tapi tak menepati citarasa sangat. tpi yang ni....alhamdulillah...boleh tempah lagi pasni.

 May half family. Family Subang dengan adik Pian xde. Dia dah balik. My asben pun belum sampai lagi.

 I love my mum and my abah

 Syok makan2...selok dengan kek tu...sedap sangat gayanya.

Semoga ma dan abah sentiasa dirahmati Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...