Cara kurangkan habuk di rumah dengan Snake Plant/Lidah Mertua

“Rumah Kurang HABUK”- Ini Kelebihan Pokok ‘Snake Plant’ Yang Diiktiraf NASA
5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT
1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.
2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.
3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.
4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.
5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.
6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.
Semoga bermanfaat.

Disebabkan fakta2 di atas, tambahan pulak tengah viral sekarang...indoor plant...
Akhirnya saya pun terjebak jugak! berkesempatan jugak menyemai kasih dan sayang. Ambil kat rumah mak. Jenis2 keladi dan ala2 lidah mertua/lidah jin tu...aloe vera pun ada. Tapi baru bawak balik 3 pasu...yang lain2 tinggal kat kampung sebab tak muat nk masuk dalam kereta. Minggu ni balik bolehlah ambik balance yang tinggal tu. Kt rumah mak xde pokok lidah mertua tu. Tapi nak jadi rezeki, masa saya pergi taska anak, ada pokok tu kat sana. Mintak jela dengan cikgu tu dengan rasa tak malu! huhu







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...