Al kisah kembar Hamka dipatuk ular


Hamka... Budak sorang ni memangla kan... dengan ular pun dia boleh nak buat main... Betul2 explore ni! berderau darah..degup jantung usha kata la...

kisahnya terjadi pagi Ahad (14 Jun 2020) jam 11:00 am lebih2 gitula.. berlaku di kampung. Hamka, Hakim dan Daniel (cousin diorang) main kat belah beranda belakang rumah tok... Tetiba diorang jerit ular! Dengan bingkasnya kami ( yang dewasa) ni jengah kt diorang... Tanya apa yang terjadi. Katanya ada ular... kitorang carilah kat tempat yang diorang katakan tu. Tak jumpa! Pastu si Hamka mengadu sakit kat tangan. Tanyala dia...katanya dia pegang ular tu! Allah...anak oh anak... Telek punya telek kat jari tengok memang ada macam kesan gigitan ular tu antara jari tengah dengan jari manis (tangan kanan)

So, dengan pantasnya saya pun call abahnya mintak balik cpt nk bwak anak ke emrgency. Masa tu abahnya sedang memikat burung. Sampai2 terus ke ed pastu misi cek tekanan darah Hamka. Bagi ubat thn sakit. Masa tu keadaan Hamka stabil jer. Doktor bagi surat refer ke hspital. Mulanya kena naik ambulan tapi saya mintak nak pergi sndiri memandangkan kami memang nak balik ke Pekan ptg tu. Doktor allowed je sebabnya keadaan Hamka yang tidak membimbangkan. Kata doktor mungkin anak ular yang tidak berbisa. ALhamdulillah mujurlah kan... kalau ular yang jenis berbisa, dah lama si Hamka tu meraung dan pengsan. 

Dah jumpa doktor tu terus balik. Tapi tak refer pun ke hospital sebabnya Hamka okey sangat2 sehingga ke saat ini.Tenpat kena gigitan tu pun dah tak sakit dan tidak ada kesan apa2. Malam tu si Hamka dah ada semangat nek bercerita. Siang kejadian tu dia banyak senyap jer. Kata Hamka dia pegang ular tu sebab nak buang. Ular tu nak panjat rumah Wan.

Itulah kisahnya. Nak sangat tengok ular tu. Budak2 ni kata ular tu warna putih!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...