Al kisah kembar Hamka dipatuk ular


Hamka... Budak sorang ni memangla kan... dengan ular pun dia boleh nak buat main... Betul2 explore ni! berderau darah..degup jantung usha kata la...

kisahnya terjadi pagi Ahad (14 Jun 2020) jam 11:00 am lebih2 gitula.. berlaku di kampung. Hamka, Hakim dan Daniel (cousin diorang) main kat belah beranda belakang rumah tok... Tetiba diorang jerit ular! Dengan bingkasnya kami ( yang dewasa) ni jengah kt diorang... Tanya apa yang terjadi. Katanya ada ular... kitorang carilah kat tempat yang diorang katakan tu. Tak jumpa! Pastu si Hamka mengadu sakit kat tangan. Tanyala dia...katanya dia pegang ular tu! Allah...anak oh anak... Telek punya telek kat jari tengok memang ada macam kesan gigitan ular tu antara jari tengah dengan jari manis (tangan kanan)

So, dengan pantasnya saya pun call abahnya mintak balik cpt nk bwak anak ke emrgency. Masa tu abahnya sedang memikat burung. Sampai2 terus ke ed pastu misi cek tekanan darah Hamka. Bagi ubat thn sakit. Masa tu keadaan Hamka stabil jer. Doktor bagi surat refer ke hspital. Mulanya kena naik ambulan tapi saya mintak nak pergi sndiri memandangkan kami memang nak balik ke Pekan ptg tu. Doktor allowed je sebabnya keadaan Hamka yang tidak membimbangkan. Kata doktor mungkin anak ular yang tidak berbisa. ALhamdulillah mujurlah kan... kalau ular yang jenis berbisa, dah lama si Hamka tu meraung dan pengsan. 

Dah jumpa doktor tu terus balik. Tapi tak refer pun ke hospital sebabnya Hamka okey sangat2 sehingga ke saat ini.Tenpat kena gigitan tu pun dah tak sakit dan tidak ada kesan apa2. Malam tu si Hamka dah ada semangat nek bercerita. Siang kejadian tu dia banyak senyap jer. Kata Hamka dia pegang ular tu sebab nak buang. Ular tu nak panjat rumah Wan.

Itulah kisahnya. Nak sangat tengok ular tu. Budak2 ni kata ular tu warna putih!

Read more ...

Cara kurangkan habuk di rumah dengan Snake Plant/Lidah Mertua

“Rumah Kurang HABUK”- Ini Kelebihan Pokok ‘Snake Plant’ Yang Diiktiraf NASA
5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT
1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.
2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.
3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.
4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.
5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.
6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.
Semoga bermanfaat.

Disebabkan fakta2 di atas, tambahan pulak tengah viral sekarang...indoor plant...
Akhirnya saya pun terjebak jugak! berkesempatan jugak menyemai kasih dan sayang. Ambil kat rumah mak. Jenis2 keladi dan ala2 lidah mertua/lidah jin tu...aloe vera pun ada. Tapi baru bawak balik 3 pasu...yang lain2 tinggal kat kampung sebab tak muat nk masuk dalam kereta. Minggu ni balik bolehlah ambik balance yang tinggal tu. Kt rumah mak xde pokok lidah mertua tu. Tapi nak jadi rezeki, masa saya pergi taska anak, ada pokok tu kat sana. Mintak jela dengan cikgu tu dengan rasa tak malu! huhu







Read more ...

Raya 2020 PKP


Alhamdulillah..walaupun musim PKP, dapat jugak beraya di kampung bersama keluarga. Mujurlah kerajaan bagi kelonggaran untuk rentas daerah. Untong duduk dekat2 ni kan... Dalam famili saya, dua orang adik saya duduk jauh dan tak dapat beraya di kampung. Bertabahlah yer... Moga2 Covid19 ni cepat berlalu meninggalkan kita. Kita boleh hidup normal seperti biasa. Yang penting tahun 2020 mencatatkan sejarah dalam kebanyakan orang sebab beraya dalam musim PKP. Ramak yang beraya di perantauan. Apa nak buat..kita kena jaga kita...


Family kecil saya. Cukup dah sepasang lelaki dan sepasang perempuan.

Kakak Iman mood xmolek! Gambo 4 beradik. Moga ikatan antara mereka kuat dan utuh selagi mereka hidup.

Family saya. 2 kelaurga takde di situ xdapat nak rentas negeri.

 my abah dan my mum


 Ni biras2 saya. Ucu dan Ziha...diorang duk kat kampung jer. So aderla muka masing2...hihi

Me dan anak2 yang tersayang

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...