Resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos

Bahan2 A

- 250g buttercap (nk guna butter lain pun boleh jer)
- 1 1/4 cwn brown sugar
- 1 sk esen vanila 
- 1 biji telur

*just kacau guna senduk je sampai sebati

Bahan2 B

- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cwn tepung jagung
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
- 6 sb minyak masak

Masukkan bahan A ke dalam Bahan B. Kacau2 je sampai sebati. Pastu baru masukkan chocolate chip sebanyak mana yang korang suka. Nak masukkan serbuk koko pun boleh kalo nak bagi biskut korang tu kaler gelap sikit. Nak masukkan badam ke kekacang ke pun boleh...Nak bagi rasa macam2 kan.

Dah siap tu guna sudu letak dalam loyang. Jangan rapat2 sangat sebab nanti biskut tu akan mengembang! Bakar pada suhu 160 darjah selama 25-30minit. Siap!!!

Satu adunan tu akan dapat banyak tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...