Resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos

Bahan2 A

- 250g buttercap (nk guna butter lain pun boleh jer)
- 1 1/4 cwn brown sugar
- 1 sk esen vanila 
- 1 biji telur

*just kacau guna senduk je sampai sebati

Bahan2 B

- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cwn tepung jagung
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
- 6 sb minyak masak

Masukkan bahan A ke dalam Bahan B. Kacau2 je sampai sebati. Pastu baru masukkan chocolate chip sebanyak mana yang korang suka. Nak masukkan serbuk koko pun boleh kalo nak bagi biskut korang tu kaler gelap sikit. Nak masukkan badam ke kekacang ke pun boleh...Nak bagi rasa macam2 kan.

Dah siap tu guna sudu letak dalam loyang. Jangan rapat2 sangat sebab nanti biskut tu akan mengembang! Bakar pada suhu 160 darjah selama 25-30minit. Siap!!!

Satu adunan tu akan dapat banyak tu.

Read more ...

Resepi kek kukus pelangi tanpa telur mudah dan senang

Al kisah kejaidnnya,pagi tu saya buat brownies tapi tak jadi sebabnya salah pakai loyang! Amik nak...jadi mendapla kat tengah tu. Jadi, untuk tebus rasa bersalah tu saya pun carilah resepi buat kek jenis kukus..tapi tanpa telur sebab telur dah habis. Maka, terhasillah kek marble ni...


KEK MARBLE ROSE TANPA TELUR
Resepi: CT Liz
#CT Liz
Bhn2
******
🌷1/2cwn susu pekat
🌷1/2 cwn gula pasir- diblender
🌷1/2cwn myk masak
**kacau sebati**
🌷 1 cwn tpg gndum + 2 sdb membukit
🌷 1 sdt double action@baking pwder
🌷 1/2 sdt soda bikarbonat
** ayakkan**


🌷 1/2 cwn susu cair
🌷 1 sdt ovalette
🌷 1 sdt esen vanila
🌷 1 sdb serbuk koko& pewarna kegemaran
Cara2
*******
🍍 Blender gula+ minyak masak+ ovalette+ esen hingga gebu.
🍍 Masukkan susu cair dan susu pekat. blender lagi
🍍 Masukkan bhn blender ke dlm tpg yg telah diayak. Gaul sebati
🍍 Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna kesukaan.
🍍 Masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 30 minit @ hingga masak



Read more ...

Perbezaan antara buttercup buku dan tong

ADA BEZA KE BUTTERCUP TONG & BUTTERCUP BUKU? 😎
.
Ya, memang ada bezanya!
.
.
Buttercup tong :
 Dalam kategori majerin (daripada minyak sawit & campuran lemak susu)
 Mengandungi sedikit lemak susu
 Tak perlu simpan di fridge ( simpan suhu bilik, elak keadaan suhu terlalu panas)
.
Buttercup buku :
 Dalam kategori "luxury spread" (lebih kurang macam butter campur marjerin)
 Diperbuat daripada minyak sawit & campuran lemak susu & mengandungi perisa susu (kandungan susunya lebih tinggi daripada Buttercup tong)
 Perlu disimpan di fridge ( mudah lembut pada suhu bilik). Baki yang tak digunakan perlu bertutup rapat & disimpan dalam fridge)
 Perlu dilembutkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum digunakan.
.
Cara Penggunaan:
==============
Kedua-duanya boleh digunakan dalam masakan, nak buat kek atau biskut pun boleh. Cuma Buttercup buku yang mengandungi kandungan susu yang lebih pastinya akan memberi impak rasa yang lebih umphhh😋


kredit : https://www.facebook.com/feerony/posts/2550489141699686
Read more ...

Lagu baru Siti Nurhaliza - Basyirah

Selain tergolong dalam nama bayi islam dari asal bahasa Arab, unik nya kata ini ada pada arti dan maksud nama Basyirah yang memiliki makna 
(1) Kabar kegembiraan 
(2) Pemberi kabar gembira.

Dalam bahasa Arab, bererti jendela hati, jika ertinya pandangan dan lintasan hati. Allah mampu melihat sesuatu secara total, yang tampak maupun yang tidak tampak tanpa memerlukan alat.  Jika dihubungkan dengan diri kita sebagai manusia, maka mempunyai empat arti, yaitu (a) ketajaman hati,  (b) kecerdasan, (c) kemantapan dalam agama, dan (d) keyakinan hati dalam hal agama dan realita. 

Lirik ‘Basyirah’ Ku membaca warkah dunia Kisah hidup penuh rintangan Moga Dia ampun segala Musibah yang membangkitkan harapan Tidak dapat aku bayangkan Tidak dapat aku hitungkan Air mata tanpa jeritan Rintih hiba di malam kegelapan #co Bila Dia menghadirkan Sakit yang membelenggu Mengajar hati ini menzikirkan Luahan jiwa Apakah mayapada Berakhir dengan lara Ibarat angin duka Dari lembah yang hampa Dalam tangis aku ratibkan Dalam syahdu ku munajatkan Kalam rindu dalam tasbihku Moga detik berkah bawa mubaraknya #Bridge Hadir insan berterusan hulur firasat sejati Perisaikan diri menjaga nyawa tak terganti Budi yang terpuji...kesabaran yang mulia #co Bila Dia menghadirkan Sakit yang membelenggu Mengajar hati ini menzikirkan Luahan jiwa Apakah mayapada Berakhir dengan lara Ibarat angin duka Dari lembah yang hampa Closing Semoga kepedihan Membawa basyirah
Read more ...

Cadangan Menu Lauk Berbuka atau bersahur

Bila tiba bulan puasa, golongan ibu2 dan mak2 la yang paling sibuk kan...Berpusing2 kepala memikirkan menu untuk berbuka dan bersahur. Di bawah ini saya senaraikan beberapa menu yang boleh dibuat petang nanti.

1. RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK KICAP

Bahan bahannya:

1/2 ekor ikan tenggiri segar di potong setengah inci tebal
1 biji bawang Holland di racik kasar
1 / 2 inci halia di racik kasar
4- 5 biji cili padi thai
2 sudu makan cuka
3/ 4 cawan air
1 batang daun bawang
Kicap mengikut citarasa anda
Garam dan gula untuk perasa
Minyak masak secukupnya

Cara Membuatnya:

Goreng dulu ikan tenggiri yg telah di potong tadi dan tumis bwg putih dan halia masukkan bawang Holland yg di racik kasar berserta ikan tenggiri yg di goreng tadi dan masukkan kicap secukup rasa dan air masukkan garam dan gula untuk perasa kalau nak sedap lagi campur 2 sudu makan cuka angkat dan hidangkan selamat mencuba

2. Resepi Udang Goreng Hijau Bersantan

Bahan:
420 gm Udang harimau
5 sudu makan Minyak masak
2 ulas Bawang putih - dicincang
1 inci Halia - dihiris
6 biji Cili Padi - dititik
20gm Serbuk dibancuh dengan 100ml air suam
3 biji Cili merah - dipotong dadu
1 btg Serai - dihiris,
1 biji Air limau nipis
2 helai Daun limau purut
5 gm Lengkuas - dihiris halus
10 gm Daun ketumbar - dihiris
1 sudu makan Sos ikan Thai
20gm Pes kari hijau - dicampur air
Garam dan Gula secukup rasa

Cara- cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut dan daun ketumbar sehingga naik bau.

2.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga pecah minyak selama 4 minit. Setelah itu masukkan air dan kacau hingga mendidih.

3.Masukkan santan, udang serta cili padi dan kacau selama 2 minit lagi.

4.Masukkan sos ikan, air limau nipis, cili merah, garam dan gula secukup rasa.


   3. AYAM GORENG BLACKPEPPER

Bahan-bahan:

300gm ayam - dipotong dadu
1 sudu blackpepper - dikisar/tumbuk
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil garam
5 biji cili padi - dipotong
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Minyak - untuk menggoreng

Cara:

1. Bersihkan ayam, kemudian perap dengan blackpepper, sos tiram, garam dan kicap. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskn minyak. Masukkan ayam yang telah di perap.
3. Bila ayam masak atau garing, masukkan potongan bawang besar dan cili padi.
4. Siap untuk dihidangkan.

4. Resepi Ayam Harum Thai

Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai) ambe pun
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah) - ambe guna hijau je
sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus

Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bahan A sampai wangi.

5. AYAM MASAK HALIA.

Bahan-Bahan
4 ulas bwg putih di ketuk
halia sebesar ibu jari tangan di hiris nipis
1 kg isi ayam di potong
5 biji Cendawan butang
5 sudu sos tiram
garam secukup rasa
minyak
Hirisan lada dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara
tumis bawang & halia sampai wangi
masukkan isi ayam, masak sampai separuh masak.
masukkan sos tiram
masukkan air kalau nak berkuah.
akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan didihkan bersama hirisan cendawan butang
sedia untuk dihidang selamat mencuba.


6. LALA GORENG PATTAYA .


Bahan-bahan
300gm Lala dicuci bersih dan ditoskan
4 ulas Bawang putih - diketuk
2sm Halia - dihiris
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Ikan
1 biji Bawang besar - dihiris bulat
1/2 biji Cili capsicum kuning/merah - didadu kecil
1/2 Cili capsicum hijau - didadu kecil
segenggam Daun Selasih (Nina tak letak punn .....)
Sedikit tepung jagung dilarutkan dengan air
Minyak untuk menggoreng
Gula secukup rasa
Beberapa tangkai Daun Bawang
Secawan air panas (Nina tambah)

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama sos tiram, serbuk kari ikan dan halia
Masukkan lala, gaul rata dan tutup sebentar
Selepas 2 minit, buka tudungnya, masukkan air tepung jagung, sos ikan, cili capsicum, bawang besar, daun selasih dan daun bawang.
Masukkan juga secawan air panas untuk berkuah (Nina tambah)
Kacau rata
Hidangkan segera...

7. Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style

Bahan-bahan :
600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup - tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
Cili merah - hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Cara :
Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.

Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...