Resepi donat yang memang gebu dan lembut

Sejak 2 menjak ni saya memang rajin sangat buat donat. Sebabnya dah jumpa satu resepi yang memang menjaid. Maksud saya donat tu memang gebu dna lembut walaupun dah sejuk! kalau masih panas pulak memang boleh habiskan 3 ketul besar tu tau!!! 

Sediakan sepaket yis mauripan yang kuning tu dan secawan air suam. Masukkan dalam jag. Gode2 dengan sudu bagi sebati. 
Pastu masukkan 3 sudu susu pekat dan secubit garam. Kacau lagi bagi sebati. 
Biarkan dalam 20 minit macam tu. Yis itu akan kembang (hidup)...jadi macam larva tu...




















Dah setel bab yis tu, meh kita teruskan. Masukkan 5 cawan tepung gandum serta 3 sudu marjerin (saya guna marjerin pelangi tu jer) ke dalam bekas untuk uli nanti. Ramas2kan jadi macam serbuk roti tu.

Lepas tu, tuangkan yis yang dah kembang tu ke dalam mengkuk. Masukkan juga 3/4 cawan air ke dlam tu. Teruskan menguli sehingga sebati menjadi doh. Masa ni memamg doh tu agak lembik sikit tapi biarkan je jangan pandai2 nak campur tepung tau time ni. Dah siap uli tu biarkan selama 30 min. Saya letak bawah tudung saji jer.


Nanti doh itu akan jadi kembang sebesen tau. Time tu syok sangat sebab kira macam dah jadilah. Masa ni barulah korang boleh tambah tepung supaya senang nak buat terap bentuk tu. Saya punya bentuk donat besar2 sebab nk cepatkan habis. Lagipun masa bagi anak makan nanti, saya akan potong2 supaya senang diorang nak makan.


Sambil2 nak habiskan terap tu, adunan terap tadi tu akan naik sekali ganda lagi. Memang gebulah... Dah siap goreng...meh makan. Gambar dah siap takde pulak...huhu... punyalah puas hati masa tu... sebab bila makan satu tu, tak puas...sedap sangat.

Korang boleh cuba... memang menjadi...kalau selama ni try macam2 resepi, tapi yang ni sekali buat pun terus jadi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...