Ramadhan 2020

Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar. Dek Corona Virus habis segala kenikmatan yang selama ini dirasai. Terutama sekali bulan Ramadhan. Kita tidak dapat menunaikan solat terawih di masjid/surau seperti tahun sebelumnya.. Bazar Ramadhan jugak tidak ada...walaupun ada e-bazar tapi kemeriahan tu tidak ada. Suasana menyambut puasa tu agak suram dan hambar. Biarpun saya jarang sangat membeli di bazar, saya tetap merasakan betapa kurang meriah ramadhan tanpa bazar...

Nak terawih pun di rumah masing2 sahaja. Marilah sama2 doakan supaya wabak pandemik ini cepat berlalu. Nak balik raya kat kampung....Rindu orang tua kat kampung dah...Rindu nak bawak anak2 pergi ambil angin kat luar.

Sempena nak menyambut Ramadhan esok hari, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya.

Jangan lupa niat puasa Ramadhan yer. Niat untuk sebulan terus...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...