Cara mengisi borang i-Lestari tanpa perlu login i-akaun

Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, 

Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.


Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.
Okey...


Caranya amat mudah :

Login ke website : https://ilestari.kwsp.gov.my


Boleh klik kat Permohonan Baru. Lepas tu, isila form yang isi tu.

INFO PENTING :

1. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
2. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
3. Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan
4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
5. Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online


Dah setel tick tanda setuju, dan 'saya bukan robot' .
Akan terpapar mesej pengesahan Maklumat. Klik HANTAR. 


Ok siap! Tunggu dalam masa 2 hari untuk semakan status. 










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...