Cara daftar i-akaun KWSP untuk pengeluaran i-Lestari tanpa perlu ke kaunter.

Okey...sejak PKP dan Covid melanda ni, memang agak kecoh pasal KWSP ni kan...yela.. masing2 nak duit belanja bagi yang tak boleh bekerja macam biasa. Yang ada duit pulak, maybe nak jadikan duit kecemasan or standby untuk akan datang. 

Jadi, untuk pengeluaran duit kwsp ni apa yang penting adalah i-akaun kwsp. Kalau macam saya, memang saya dari awal dah buat i-akaun ni untuk memantau saya punya akaun. Jadi, memang takde masalahlah... 

Bagi yang masih tiada i-akaun :

Berikut adalah cara alternatif untuk memohon pengeluaran wang i-Lestari ini.
.Anda boleh muat-turun BORANG PERMOHONAN disediakan, cetak dan isi, sediakan dokumen yang diperlukan dan hantar ke alamat email disediakan iaitu lestarimohon@epf.gov.my
.Jika tak boleh email, anda boleh sahaja pos ke alamat KWSP di dalam borang.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 
46720, Petaling Jaya.

ok...tunggu respond dari pihak KWSP. Next, bolehlah login ke i-akaun dan buat pengeluaran untuk i-Lestari tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...