Ramadhan 2020

Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar. Dek Corona Virus habis segala kenikmatan yang selama ini dirasai. Terutama sekali bulan Ramadhan. Kita tidak dapat menunaikan solat terawih di masjid/surau seperti tahun sebelumnya.. Bazar Ramadhan jugak tidak ada...walaupun ada e-bazar tapi kemeriahan tu tidak ada. Suasana menyambut puasa tu agak suram dan hambar. Biarpun saya jarang sangat membeli di bazar, saya tetap merasakan betapa kurang meriah ramadhan tanpa bazar...

Nak terawih pun di rumah masing2 sahaja. Marilah sama2 doakan supaya wabak pandemik ini cepat berlalu. Nak balik raya kat kampung....Rindu orang tua kat kampung dah...Rindu nak bawak anak2 pergi ambil angin kat luar.

Sempena nak menyambut Ramadhan esok hari, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya.

Jangan lupa niat puasa Ramadhan yer. Niat untuk sebulan terus...




Read more ...

Cara keluarkan duit dari akaun ASB secara online

ALhamdulillah...satu lagi kemudahan yang kita dapat. Lepas ni takdelah nak bersesak bagai kat asb mahupun cawangan2 mereka setiap kali bonos dan dividen diumumkan... Dah boleh guna kat portal MyASNB start 20 April 2020 dan aplikasi 27 April 2020.

Soalan2 umum berkaitan pengeluaran ASB secara online. 


  • Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.
  • Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.


Berikut adalah langkah2 untuk pengeluaran dari portal MyASNB :









Ha! mudah kan..just klik2 jer...siap...duit dah masuk dalam akaun bank kita.

Read more ...

Cara mengisi borang i-Lestari tanpa perlu login i-akaun

Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, 

Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.


Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.
Okey...


Caranya amat mudah :

Login ke website : https://ilestari.kwsp.gov.my


Boleh klik kat Permohonan Baru. Lepas tu, isila form yang isi tu.

INFO PENTING :

1. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
2. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
3. Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan
4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
5. Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online


Dah setel tick tanda setuju, dan 'saya bukan robot' .
Akan terpapar mesej pengesahan Maklumat. Klik HANTAR. 


Ok siap! Tunggu dalam masa 2 hari untuk semakan status. 










Read more ...

Resepi donat yang memang gebu dan lembut

Sejak 2 menjak ni saya memang rajin sangat buat donat. Sebabnya dah jumpa satu resepi yang memang menjaid. Maksud saya donat tu memang gebu dna lembut walaupun dah sejuk! kalau masih panas pulak memang boleh habiskan 3 ketul besar tu tau!!! 

Sediakan sepaket yis mauripan yang kuning tu dan secawan air suam. Masukkan dalam jag. Gode2 dengan sudu bagi sebati. 
Pastu masukkan 3 sudu susu pekat dan secubit garam. Kacau lagi bagi sebati. 
Biarkan dalam 20 minit macam tu. Yis itu akan kembang (hidup)...jadi macam larva tu...




















Dah setel bab yis tu, meh kita teruskan. Masukkan 5 cawan tepung gandum serta 3 sudu marjerin (saya guna marjerin pelangi tu jer) ke dalam bekas untuk uli nanti. Ramas2kan jadi macam serbuk roti tu.

Lepas tu, tuangkan yis yang dah kembang tu ke dalam mengkuk. Masukkan juga 3/4 cawan air ke dlam tu. Teruskan menguli sehingga sebati menjadi doh. Masa ni memamg doh tu agak lembik sikit tapi biarkan je jangan pandai2 nak campur tepung tau time ni. Dah siap uli tu biarkan selama 30 min. Saya letak bawah tudung saji jer.


Nanti doh itu akan jadi kembang sebesen tau. Time tu syok sangat sebab kira macam dah jadilah. Masa ni barulah korang boleh tambah tepung supaya senang nak buat terap bentuk tu. Saya punya bentuk donat besar2 sebab nk cepatkan habis. Lagipun masa bagi anak makan nanti, saya akan potong2 supaya senang diorang nak makan.


Sambil2 nak habiskan terap tu, adunan terap tadi tu akan naik sekali ganda lagi. Memang gebulah... Dah siap goreng...meh makan. Gambar dah siap takde pulak...huhu... punyalah puas hati masa tu... sebab bila makan satu tu, tak puas...sedap sangat.

Korang boleh cuba... memang menjadi...kalau selama ni try macam2 resepi, tapi yang ni sekali buat pun terus jadi...
Read more ...

Mencuba Air Viral Dalgona Coffee

Hihihi...
Sibuk jugak...nak try dalgona coffee...Mulenya tak layan pun tapi incik asben sibok nak... maka, sebagai isteri yang taat setia ni pun carilah bahan2 yang diperlukan.

1 Kotak susu dutch lady yang full cream
nescafe (saya guna yang dark roast) lebih kaw!
2 sudu gula
2 sudu air panas

Caranya :
 campurkan gula dan air panas. Mixerkan dia sehingga pekat dan likat. 
Pastu tuangkan susu dutch lady ke dalam cawan. (Kalau nk yang air sejuk, bubuh kiub ais dulu baru tuang susu)
Tuangkan nescafe yang kita mixer tadi tu. 

Jadilah dalgona... sebelum minum pastikan kacau dulu yer... rasanya creamy...



Read more ...

Pencarian Bloglist 2020 by MK


jom join..

Tambahkan kawan2...







Read more ...

Cara daftar i-akaun KWSP untuk pengeluaran i-Lestari tanpa perlu ke kaunter.

Okey...sejak PKP dan Covid melanda ni, memang agak kecoh pasal KWSP ni kan...yela.. masing2 nak duit belanja bagi yang tak boleh bekerja macam biasa. Yang ada duit pulak, maybe nak jadikan duit kecemasan or standby untuk akan datang. 

Jadi, untuk pengeluaran duit kwsp ni apa yang penting adalah i-akaun kwsp. Kalau macam saya, memang saya dari awal dah buat i-akaun ni untuk memantau saya punya akaun. Jadi, memang takde masalahlah... 

Bagi yang masih tiada i-akaun :

Berikut adalah cara alternatif untuk memohon pengeluaran wang i-Lestari ini.
.Anda boleh muat-turun BORANG PERMOHONAN disediakan, cetak dan isi, sediakan dokumen yang diperlukan dan hantar ke alamat email disediakan iaitu lestarimohon@epf.gov.my
.Jika tak boleh email, anda boleh sahaja pos ke alamat KWSP di dalam borang.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 
46720, Petaling Jaya.

ok...tunggu respond dari pihak KWSP. Next, bolehlah login ke i-akaun dan buat pengeluaran untuk i-Lestari tu.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...