Impian rumah banglo 1 tingkat sahaja

Setiap pasangan pasti mengimpikan rumah impian mereka sendiri kan. Walaupun kami telah beli rumah teres setingkat, namun masih ada ngan2 untuk memiliki rumah banglo 1 tingkat di atas tanah lot. Namun, beberapa kriteria yang perlu diambil kira untuk membina rumah impian. Mari kita tanya yang lebih pakar pasal design rumah ni. Info lanjut boleh ke blog/website PELAN RUMAH IMPIAN ANDA sebab di situ banyak lagi info dan idea serta panduan yang akan korang dapat. Yang paling saya berkenan adalah jenis banglo setingkat tapi konsep natural.

Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air (5221 kps)
Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
  3. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.








untuk info lebih lanjut boleh layari FB Page NAS Nuri Construction

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...