Dalam kesibukan negara mnegalami masalah dalam pentadbiran politik, PM Interim masih smepat membentangkan tentang pakej ransangan ekonomi 2020 sempena wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang.
Antara yang best intipati tersebut adalah :
Kerajaan akan
memberikan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada
pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan
penarik beca yang berdaftar.
Sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan
di dalam memerangi COVID-19, kerajaan akan memberi elaun khas
sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan
perubatan, dan RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang
terlibat. Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Februari 2020 hingga
wabak ini berakhir.
Bagi merangsang industri pelancongan pula, Kerajaan akan
menyediakan inisiatif seperti berikut:
• Pertama: Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk
perbelanjaan pelancongan domestik;
• Kedua: Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan
domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan
domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen.
Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11
peratus kepada 7 peratus.
Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei
sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020. Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima
BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada
bulan Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan
secara e-tunai.
Antara intipati yang bestla.... untuk teks penuh boleh ke ----> Teks penuh pakej ransangan ekonomi 2020