Solekan memerlukan kemahiran atau
skill yang betul untuk memastikan hasil solekan tersebut menjadikan seseorang
wanita itu tampak cantik dan menyerlah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah
jika ramai wanita yang kadang kala sanggup membayar juru solek professional
atau professional makeup artist demi mendapatkan hasil solekan yang terbaik.
Salah satu teknik makeup yang sebenarnya boleh anda praktikan sendiri tanpa
mengupah professional makeup artist adalah solekan pada pipi dengan menggunakan
blush (juga dipanggil sebagai blusher)
Fungsi utama pemakaian blusher atau
pemerah pipi ini adalah untuk memberikan warna pada bahagian pipi wanita dan
juga menonjolkan lagi tulang pipi. Selain itu, juru solek juga sering
menggunakan blusher untuk menjadikan muka seseorang wanita itu kelihatan lebih
‘sharp’ dan berbentuk (dengan menggunakan teknik shading). Oleh itu, ikuti
beberapa panduan seperti berikut untuk memiliki hasil pemakaian blusher yang
cantik;
Sebelum tu, kita kenal dulu powder blusher ataupun pemerah pipi.
Antara jenis blusher:
1. Blusher Jenis Padat :
1. Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan
menghasilkan warna yang lebih menyerlah.
2. Jenis ini sesuai untuk semua jenis
kulit terutamanya kulit berminyak
2. Blusher Jenis Krim :
1. Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. warna yang
dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit.
2. Namun jenis krim ini tidak
sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih
berminyak
3. Blusher Jenis Gel :
1. Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan
sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.
2. Jenis
ini sesuai untuk wanita berkulit kering
4. Blusher Jenis Balls :
1. Bentuknya
menyerupai bebola kecil cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher
jenis berbola ini.
2. Serbuk yang melekat di berus
kemudiannya akan disapukan pada pipi.ia sesuai untuk semua jenis kulit
Dah kenal blusher, seterusnya kena kenal bentuk muka anda sama ada bulat, bersegi,
oval atau berbentuk hati. Setiap bentuk muka yang berlainan mempunyai teknik
pemakaian blusher yang juga bersesuaian. Boleh rujuk seperti gambar di bawah teknik pemakaian blusher mengikut bentuk wajah. Nanti barulah wajah tak nampak seperti badut. hehe
Dah kenal blusher, dah kenal bentuk muka, seterusnya, pilih warna blush yang bersesuaian
dengan tona kulit anda. Jika anda mempunyai tona kulit yang gelap, elakkan
daripada memakai blusher yang berwarna terlalu terang!
Selamat berjaya!!! Mudah2an dengan tip yang diberikan ini akan memberi manfaat pada mereka yang ingin memakai blusher.
cik akak dan sponser ada giveaway terbaru...
ReplyDeleteberminat...jom join dan support cik akak....
http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2016/02/mega-giveaway-inspirasi-2016-by-cik-akak.html