Produk yang saya dapat daripada Giveaway anjuran Kak Mia.
Bukan senang nak dapat review sesuatu produk ni kan. Terima kasih kerana memilih saya antara pemenang yang berjaya dapat produk yang sangat superb ini.
Body idaman setiap wanita. Tak terkecuali saya yang dah macam tempayan ni. Bayangkanlah berat saya yang dulunya maintain 50kg dah naik jadi 62kg tau!! Giler kentang orang kata. Betapa seriaunya rasa. Dahla bujang lagi tapi body mnegalahkan mak dara! Siapa yang tak risau bila semua kawan dan saudara mara tegur badan makin berisi.
Kenali Produk dahulu okey...
Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang.
Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut.
Penggunannnya adalah memastikan anda tidak berlapar semasa didalam proses diet. Untuk proses penurunan yang lagi cepat lagi berkesan, lebihkan makanan yang berprotien seperti ayam, ikan, daging, telur, seafood dan sayur. Kurangkan memakan makanan yang berminyak, susu, gula, berkanji, gandum dan beras untuk mendapatkan kesan yang optima. Minumlah air kosong 2-3 liter sehari supaya lemak yang dibakar dapat keluar dari badan melalui air kencing dan peluh. Penggunaan yang berterusan dapat dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal, meningkatkan dan menyeimbangkan hormon sekaligus memelihara keseimbangan kesihatan secara menyeluruh.
Bagaimana produk ini membantu penurunan berat badan.
SlimfastDiet membantu dalam meningkatkan jumlah kalori yang dibakar secara konsisten melalui proses yang semulajadi. Oleh itu, dengan mengurangkan pengambilan kalori didalam badan anda akan memastikan berat badan anda akan turun dengan cepat dan ketara.
Slimfast Diet juga dapat membantu dalam mempertingkatkan proses metabolisma didalam badan yang mana dapat membantu untuk membakar lemak degil.Pengambilan Slimfast Diet dapat mengurangkan selera makan anda dan dalam masa yang sama berat badan dapat dikawal secara berterusan.
Slimfast Diet juga memberi tenaga kepada anda supaya anda tetap cergas seharian walaupun didalam program diet.Perkara penting yang perlu diingat adalah bahawa walaupun Slimfast Diet terkenal sebagai makanan tambahan untuk penurunan berat badan, adalah perlu untuk seseorang itu melakukan senaman supaya mendapatkan kesan yang optima dan kesukaran untuk menurunkan berat badan dapat diatasi.
Pandangan hadapan produk
Pandangan belakang kotak
Saya bancuh slim fast diet ni dengan air suam. Rasanya masam2 manis gitu. Sedap tau!
Kesan selepas minum produk...
Hari pertama saya minum produk ni, selepas makan malam tapi dah lewatla..sebelum tidur dalam pukul 11 lebih. Pukul 3 pagi saya terjaga sebab rasa memulas sangat2 perut saya ni. Saya ingatkan salah makan tetapi sebenanrnya sebab Slim Fast Diet ni yang telah mencuci dan membuang segala toksin dalam badan saya. Hari pertama saya minum tu memang agak kerap saya ke toilet. 6x tau!!! Alhamdulillah.. masalah sembelit saya selama ni boleh diatasi dengan minum produk Slim Fast Diet ni.
Seterusnya hari kedua saya tetap merasa perut memulas tetapi berkurangan daripada hari pertama. Begitulah seterusnya sehingga hari ke sepuluh dah kembali normal. Toksin dah habis buang kot.
Yang bestnya masa dalam tempoh tu, perut saya kempis!!! serius tau... sangat suka hati..
Saya timbang berat berkurangan 2kg. Bagi saya ia adalah penurunan yang sangat besar sebab saya jenis susah sangat nak tuurn berat badan ni. Kadar metabolisma saya tersangatlah rendah.
Sepanjang tempoh minum Slim Fast Diet ni, rasa untuk menjamah makanan tu agak berkurangan sehinggakan pernah satu hari tu saya tak ikut member2 keluar makan tengahari kerana nafsu untuk makan tiada lansung!
Testimonial BERGAMBAR
Tengok gambar saya pada Disember 2013 ni. Malu.. Baju tu dah ketat dengan saya.Muat2 jela pakai. Padahal baju raya tahun 2012. Berat naik hampir 5kg sejak tukar kerja di hospital ni.
Ketara sangat perut buncit. Sangat malu.
Gambat terkini sempena hari pertunangan saya pada 30hb Mac 2014. Masih lagi berisi tapi perut tu takdelah nampak sangat buncitnya kan...
Perut dah kempis... kalau tak malu nak pakai dress masa bertunang semalam.
Kalau saya berpeluang lagi untuk mencuba produk ni, pasti saya berasa sungguh bertuah sebab merealisasikan impian saya untuk lansing di hari bahagia saya nanti. Apapun peluang untuk mencuba produk ini selama 10 hari sangat mengujakan saya tambahan dapat review di hari pertunangan saya. Berat saya turun 2kg hasil minum sekotak Slim Fast Diet ini. Walaupun tak besar mana angka tersebut tapi sangat berkesan untuk saya melawas setiap pagi. Bayangkalah kalau setiap hari minum. Pasti badan saya lansing bak model dan artis macam kat tv tu kan...hehe.. berangan...Moga lepas ni dapat minum lagi. Rasanya yang sedap pasti membuatkan anda terasa mahu lagi. betul... Rasa buah rasberi... masam2 manis...
Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.