Makanan ringan kesukaan saya. Mesti beli kalau singgah kat pasaraya atau PETRONAS mana2.
Rasanya keras dan liat2 gitu. Kalau takde gigi memang disyorkan tak perlu makan sbbnya agak menyiksakan gigi anda.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, jambu memang kaya dengan Vitamin C.
Vitamin C info from farmasianis.tripod
Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.
Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.
Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.
Kekurangan berterusan vitamin C akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau simptom:
pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
| |
gusi berdarah dan tidak kuat.
| |
tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi
| |
pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
| |
tisu jantung rosak.
| |
kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
| |
penambahan kadar metabolisma berlaku.
|
No comments:
Post a Comment