Bayaran ditanggung separuh oleh PERISDANITA. Peserta kena bayar RM35 jer. Kira berbaloi sangatla sebab kos bahan2 tu agak mahal!
Jom tengok gambar sepanjang 2 hari berkursus.
Bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan coklat gubahan
tara! bersama hasil coklat yang telah siap... bentuk bunga ros dan bunga ape ntah
Yang ni bentuk daun. Kaler tah paper kan
Cikgu sedang bagi penerangan. Ini acuan yang kita gunakan yer puan-puan
Proses meleburkan coklat. Ada 3 jenis coklat iaitu coklat gelap (rasa kurang manis dan pahit sket) ; coklat yang manis sbb campur susu tepung, pastu coklat susu (Sepenuhnya susu tepung dan bewarna putih)
bersama adik ipar di hari kedua. Belajar buat lolichoc dan packaging
Inilah hasilnya. Gubahan bunga coklat! Lagi cantik jika tambah hiasan bunga kecil-kecil kat coklat tu.
Boleh dibuat sebagai hantaran kahwin atau tunang tu
Inilah dia lolichoc (yang ada batang tu) boleh buat sebagai doorgift event.
Yang dalam bekas tu oreo choc sbb dalam tu ada biskut. lagi bertambah cantikjika letak riben pada kotak coklat tu.
Dah dapat bayang nak buat bisnes ni. Hehe... Dah tahu asas pastu terpulang pada kreativiti kita untuk menjadikannya lebih cantik.
cntikkk...kne rjin gak la
ReplyDelete