Jom bca sikit helah apa sebenarnya ni...
Sumber : http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656
[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah super sensitif: baca atas risiko sendiri. Ini adalah pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi AFN Salam, 1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan. 2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyaihelah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi. 3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008. 4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal. 5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun). 6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008. 7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600. 8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600. 9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun. 10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898. 11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498. 12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000. 13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau27.075% daripada jumlah asal. 14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji. 15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini. 16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji. 17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam. 18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan. 19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah. ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟ WaLlahu a`lam. Seterusnya...pendapat oleh ust.Zaharudin berkaitan isu ujrah ini Nilai sendiri yer...saya pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Andai kata benar, maka saya terselamatla...hihi... |
kak lyn, thanks berkongsi. miza dah lama nak buat ni tapi tak boleh. server down lah. busy lah. macam-macam -.-
ReplyDeletesekarang kena pertimbangkan balik sama ada nak tukar ke tak.
thanks yaa :)
dnimpun tertipu gak
ReplyDeletesalam.. tq sudi share..bagus nih..
ReplyDeletekerajaan bukan nak membantu.. menyusahkan rakyat ada la...
ReplyDeleteujrah ni memang cara PTPTN untuk trace peminjam..sebab tu masa kemaskini butir diri, dia akan mintak emel, dan nama ibubapa yang mana mereka akan bertindak sebagai penjamin, siap kena sign dokumen dsb.
ReplyDeleteSo, bila dah dpt trace, dptlah PTPTN mengutip bayaran balik setiap bulan melalui potongan gaji tu.
Pasal kiraan tu akak masih blur. Dan akan menunggu bila akak dapat..Tak pasti kesahihan lagi sama ada pengiraan akan ebrdasarkan baki semasa ataupun apa. So xberani nak komen lagi. Tunggu kalau berjaya dapat ujrah. Setakat ni potongan PTPTN sis untuk sebulan almost RM250.
lynn
ReplyDeleteaku sebennar nye mmg dah syak sal potong gaji tuh ... hahaha
rupe nye ape yg aku terpk tu ade benar nye .....
wah..ye ke..ifa bru nk mohon..
ReplyDeletetp xdpt2 nie..isk2...
camne nie..kne pk blik nie
mmg ptptipu pun...wa ni 1st batch yg dpt..mmg bryk problem...mmg gilo gaban dia caj...ritu dan ngamuks kat opis dorang
ReplyDeletenadia baru jer tau buat permohonan ujrah ni....huhuhu ntah laa....dlm kes ptptn ni satu jer yg plg nadia tak puas hati..kos pentadbiran banyak sangat...byr awl pn kne, byr lambat pun kne...
ReplyDeletemmg byk problem pun...dah la sebelum ni ada cas perkhidmatan smpi rm33 sbln...skrg ni dgn kes ujrah plak... kna pk byk kali n siasat sungguh2 nih
ReplyDeletechittt..cnfm ke tipu...
ReplyDeletekita da apply da..da smpi pon surat kat kg..
tapi x dpt nk baca lagi sbb lom balik kg...x sabar plak nk baca
'tipah tertipu'
thanx share. kite pon try to avoid ptptn 4 further stadi neh.
ReplyDeletefollow akak dah! jenguk2 blog kite eh :D
berkongsi pengalaman saya,rasakan macam ada udang di sebalik batu di sebalik pelaksanaan penurunan dan sistem ujrah ini .
ReplyDeleteMuslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam
http://www.eyriqazz.com/2011/01/muslihat-ptptnaduan-dibuat-kepada-biro.html
dah lar potong automatik..kot2 bulan tuh tgh sengkek..x naya kita punya belanja kan..huhu
ReplyDeleteSuatu penulisan yang kreatif.
ReplyDeleteIni suatu perkongsian
http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html
Silalah jenguk.
Terima kasih