saper yg baca n3 sblm ni mesti tau dah pasal ni..saya ni dari kalangan org yg mempunyai kadar metabolisma sangat rendah!memang pown..telah disedari sejak dulu...So, saya tgh usha2 nak cari cara atau petua yg boleh meningkatkan sikit kadar metabolisma saya ni..Jom kita kenal2 dulu ngan kadar metabolisma ni sblm tahu petuanya yer..mungkin ada yg xberapa tahu apakah sbnrnya mende alah ni..cam sayala yg kurang jelas jugak...
Info ini dipetik dari blog seorg cikgu yer...Cikgu Kartini..TQ
Secara semula jadinya,
beberapa faktor akan memperlahankan Metabolisme :
beberapa faktor akan memperlahankan Metabolisme :
1) Umur :
Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar Metabolisme juga menurun.
2) Jantina :
Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.
3) Masalah hipotiroidisme :
Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan Metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.
4) Genetik :
Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar Metabolisme cepat.
Jika mempunyai kadar Metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar Metabolisme , ia bukan kaedah terbaik...!
Cara meningkatkan kadar Metabolisme dlm bdn kita :
1) Pemakanan
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.
2) Senaman
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.3) Minum banyak AIR
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.4) Tidur secukupnya.
Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.
thnks fr sharingg :)
ReplyDelete