5 Western Food Places in KL That You Must Try!



Kadangkala tekak melayu kita ni nak jugak try makanan Barat kan. Bosan dengan nasi oarng kata. Jadi, di bawah ni adalah senarai tempat makan yang glemer di Kuala Lumpur di mana anda boleh dapatkan makanan barat yang sedap dan berbaloi.


#1 - Me’nate Steak Hub




Me’nate mula dikenali ramai apabila nama restoran tersebut mula viral di media sosial disebabkan makanannya yang lazat. Restoran ini dimiliki oleh seorang chef yang berpengalaman luas termasuk untuk orang-orang kenamaan. 

Terdapat pelbagai pilihan makanan. Harganya boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah orang tetapi ianya amat berbaloi dengan apa yang anda perolehi.

Alamat:
Starpac Point,  C-01-02 & C-01-03,Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi:
Sabtu - Khamis (11am - 11pm) |  Jumaat (3pm - 11pm)



#2 - KGB~Killer Gourmet Burgers




Bagi para peminat dan pencinta burger,  ada berita baik buat anda semua. Dimana terdapat sebuah restoran yang begitu terkenal dengan kualiti burger yang dijamin terbaik buat semua peminat dan pencinta burger diluar sana iaitu restoran KGB atau nama panjangnya Killer Gourmet Burgers di mana terdapat pelbagai jenis pilihan  burger ayam yang boleh didapati di sana. 


Antaranya ialah Bobcat Club, The Shack, Bella Bomb dan Tornado. Pilihan makanan lain juga turut didapati di sana seperti stik yang juga turut disediakan.


Alamat :
3, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur 

Waktu Beroperasi:
Isnin -Khamis (12 am -10.30pm) | Jumaat - Ahad (12am - 11pm)


#3 - Fiske Steakhouse 



Restoran Fiske Steakhouse ini merupakan antara salah satu  port makanan barat yang boleh dikatakan agak terkenal di Kuala Lumpur. Menu utama mereka merupakan masakan barat disamping terdapat menu tempatan seperti asam pedas. 


Lamb Grill, Lamb Stew dan Grilled Chicken Chop merupakan antara yang terlaris di restoran mereka. Dengan saiznya yang  juga besar, memang pasti kena dengan citarasa anda disamping harganya yang mampu milik dan sangat berpatutan.


Alamat:
No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 KualaLumpur 

Waktu Beroperasi:
Selasa - Ahad (9am - 12pm)


#4 - Eye’s Steak




Kepada anda semua yang bekerja semestinya sementara menunggu gaji akan ada istilah poket ‘kering’. Tetapi itu tidak akan bermaksud yang anda tidak mampu untuk merasa makanan barat yang sedap di Kuala Lumpur.


Sebenarnya masih terdapat restoran yang berbaloi seperti Eye’s Steak yang menyajikan makanan-makanan barat dengan harga yang sangat berpatutan.


Alamat:
GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: 
Setiap hari kecuali Isnin (12 pm - 12 am) manakala Jumaat (3pm - 12 am)
#5 - Pekan Station




Di Kampung Baru terdapat satu restoran yang sememangnya cukup terkenal dengan makan barat yang disajikan. Terdapat pelbagai aneka pilihan makanan enak yang terdapat dalam menu di restoran itu. Harganya juga agak berpatutan. 

Antara hidangan yang sering mendapat sambutan pelanggan setia di sini ialah Max Grill, Chicken Bleu Pasta, Chicken Chop dan Meatball Pasta. Anda semestinya akan meninggalkan restoran ini dengan perut kenyang dan hati yang puas kerana makanan yang mereka hidangkan agak besar saiznya.. dan diulangi sekali lagi, harganya memang berpatutan. 


Alamat:
6, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: Setiap hari (6.30pm - 1am)


Bila yang sesekali datang berada di Kuala Lumpur, antara soal tempat tinggal dan tempat untuk dilawati, perkara lain yang sering difikirkan adalah makanan. Selalunya makanan nasi lemak, nasi ayam dan mee sudah sering kita nikmati kan? Jadi apalah salahnya cuba menu barat sewaktu berada di sana.

Kalau tetiba rasa lapar dan penat untuk masak, dengan badan dah penat untuk terus berjalan sana sini. Tak yah risau! Call je la minta pihak Foodpanda hantarkan guna servis western food delivery mereka. Kan senang tu. Tambah2 di musim Covid-19 ni di mana kerajaan telah menetapkan arahan supaya #stayathome.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...