Homestay Menarik di Cameron Highlands!

Anak2 dah semakin membesar...nak bawak jalan2 tu mesti seronok punya kan..budak2..kalau baby tu emsti tak faham apa lagi. Untuk plan kali ini, saya dan suami berhasrat nak bawak anak2 bercuti kat Cameron Highland. Kenapa Cameron Highland? Sebabnya kat sana kan sejuk2...pemandangan pun cantik...lagipun baru pergi sekali jer..itupun masa join rombongan naik bas sekolah..hihi.. jadi selepas survey, antara homestay yang agak berbaloi adalah Barakah Sufi Homestay. Meh check it out pasal homesatay ni. Kot2 korang pun berkenan...

Barakah Sufi Homestay Cameron Highlands

Barakah Sufi Homestay terletak di Tanah Rata dan hanya 500 meter dari Pasar Malam Brincahng dan 1km dari Cameron Valley Tea House.
Barakah Sufi Homestay Cameron Highlands

Menyediakan penginapan jenis keluarga yang menarik yang boleh memuatkan sehingga 8 orang serta lengkap dengan kemudahan termasuk peralatan dapur. Paling best siap ada balkoni menghadap gunung lagi tau. Untuk kanak-kanak pula, ada taman permainan untuk bermain.

Reviu Tetamu :
"Harga berpatutan dengan kemudahan yang mencukupi.  Lokasi ini terletak di pusat Tanah Rata dan anda boleh mengunjungi tempat-tempat menarik dengan mudah."

Alamat :
Jalan Tengkolok, 
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM190 semalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...