RM20 BILLION PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Dalam kesibukan negara mnegalami masalah dalam pentadbiran politik, PM Interim masih smepat membentangkan tentang pakej ransangan ekonomi 2020 sempena wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang.

Antara yang best intipati tersebut adalah :

Kerajaan akan memberikan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.

Sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi COVID-19, kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan, dan RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat. Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Februari 2020 hingga wabak ini berakhir.

Bagi merangsang industri pelancongan pula, Kerajaan akan menyediakan inisiatif seperti berikut: 

• Pertama: Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik; 
• Kedua: Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen.

Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus. 

Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020. Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai. 

Antara intipati yang bestla.... untuk teks penuh boleh ke ----> Teks penuh pakej ransangan ekonomi 2020

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...