Potty training Untuk Ayra & kembar

Ayra... 2 tahun 2 bulan... 

Dah hantar ke taska Kemas sekali dengan abang2nya. Nak cerita kisah potty train ni...
Sebenarnya ada pernah try masa weekend dulu tapi macam emosi ibu tak berapa nak sihat... sehari jer... masa tu jiwa tak kental mana. Potty train Ayra dgn kembar. Memang fail masa tu. So weekend baru ni saya rasa jiwa dah tabah... trainlah mereka dengan kecekalan jiwa. Eceh ayat kn...

Sabtu :

Kebetulan pagi tu bangun tidur memasing dah poo poo...so saya rasa after2 this jaranglah nak poo poo lagi kan... So, saya pun diapers free la mereka2 ini. Sampai ke petang tu mmg fail la kan...tapi saya okey jela... Si kembar tu payah sikit nak suruh kencing...sampai nangis2 kt bilik air...puas bertunggu... Ayra pulak biasanya dia akn kencing bgn jer tidur... sy xdan lagi bawak dia ke toilet, dia dah kencing dlm buai. Si hamka kencing masa tidur. Apapun saya masih bersabar walaupun ada tone tinggi...hihi

Ahad :

Semakin baik...ada perkembangan yang positif masing2... terutamanya si Ayra. Dia dah boleh kencing kat toilet. Kalau tanya nak kencing ke x? dia memang anggukla...padahal kadang tu xnk pun kencing. Dia memang suka main air! Si hakim pulak boleh menahan kencing dah...bagitahu ibu yang dia nak kencing. Si hamka yang agak payah sikit. Kuat main sikit yang sorang ni....

Isnin :

Arini saya meneruskan misi diaper free untuk Ayra kat taska. Dah bagitahu cikgu2 dia yang tengah potty train. Mudah2an cikgu dapat memberi kerjasama. Terima kasih cikgu... Si kebar saya memang belum yakin nak diapers free kat taska...Kesian cikgu. Planning cuti raya cina ni nak all out! Insya Allah....





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...