Dah belanja e-tunai rakyat RM30 dan dapat cashback RM5 guna TNG eWallet


e-Tunai Rakyat adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai, dengan tawaran RM30 sekali beri kepada rakyat Malaysia. e-Tunai Rakyat boleh ditebus menggunakan aplikasi TNG eWallet , GrabPay dan Boost bermula 15 Januari 2020. Saya antara salah seorang rakyat yang tidak ketinggalan untuk grab peluang yang ditawarkan. 
Saya tebus guna TNG eWallet. Dalam 3 hari proses baru masuk RM30 tu. Apalagi.. dah masuk tu kita g shopping jela... kebetulan memang ada barang nak beli.
Saya beli puting pigeon slim neck kat Farmasi Marmin.


Beli puting ni harganya RM31.80...After less, jadi RM30.20... e-Wallet ada RM30 jer..so, kenalah reload RM10...


Setel belanja RM30 e-Tunai rakyat. Apa yang bestnya? Dapat cashback RM5 masuk terus ke e-Wallet TNG tu. Minimum belanja RM20. Boleh sampai 3x belanja untuk dapatkan cashback RM5 tu


Korang dah tebus ke? Boost pun okey...Tapi sebab dah claim kat TNG ,tak boleh dahla..sebab sekali jer boleh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...