Al kisah persekolahan tahun 2020

2 Januari 2020...

Kakak Iman dah masuk usia 5 tahun.. Untuk tahun ni saya daftarkan Kakak ke TADIKA KEMAS PERAMU... 
Sebenarnya tadika tu dalam satu kawasan jugak dengan Taska lama dia. Cuma Tadika belah depan. Taska belah belakang. Untuk hari pertama dan kedua nampak macam okey jer kakak... Minggu depannya tu Kakak buat hal...buat drama air mata pulak.. tapi sebagai ibu ni, jiwa kena kental...kita bagi cikgu kelas handle...kan... Kakak Iman ambil pakej transit terus kat situ. Yuran sekolah TADIKA sekali dengan TRANSIT RM150 sebulan. Senang sikit kan..tak perlulah saya nak berkejar ambil dia sekolah pastu hantar pulak ke TRansit... Yang mana memudahkan tu, kita follow jer kan... lagipun setempat dengan adik2 yang lain. Harapan ibu ni besar duhai kakak..semoga kakak lebih cemerlang dan berdikari lepas ni.



Ini pulak kisah adik Ayra. Suka sangat si ekcik sorang ni ha... tahun 2020 ni adik dah sekolah sekali dengan abang2...ibu pun senang hati bila adik dapat taska kemas ni. Lebih terjamin nak dibandingkan duduk dengan pengasuh kan... taska berdaftar... Walaupun 2 hari pertama tu adik menangis tapi minggu depan tu dengan girangnya melangkah masuk ke kelas.

Gambar balik sekolah. Abang pimpin tangan adik kesayangan. Bagus si Hakim ni. jaga adik.. lega hati bila semua duduk setempat. kerja ibu pun senang dan masa pun tak dibazirkan sana sini. sekali harung hantar dan ambil.



Kembar pulak memang stay kat Taska lama. Bolehlah jaga adik Ayra kan... Ha tengok tu. Balik sekolah pimpin tangan adik. Itu masa hari pertama dan kedua jerla... hari2 seterusnya adik yang ke depan dulu berkejar ke kereta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...