Petua hilangkan bisa badan

Dua hari lepas,saya berkesempatan untuk meraikan majlis harijadi anak2 saya. Kita buat sekali harung kn senang. Jimat bajet dan kos. Sebenarnya dah banyak minggu tertangguh dek kesuntukan waktu.
Alhamdulillah, weekend lepas berjaya jugak buat.
Antara menu yang jadi feberet adalah pulut kuning yang dimakan bersama rendang. Ya Allah...berulang saya makan tau. Ha! Malam tadi mulalah mengidap...betapa sakitnya sendi dan urat ni ha. Siap pakej demam sekali. Makan tak ingat dunia....huhu...
Jadi, saya pun google cara nk hilangkan bisa badan ni.

PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI DAN LENGUH BADAN

Mak dia buat air ni untuk minum. Untuk hilangkan sakit-sakit badan dan buang angin. Memang berkesan sangat.
BAHAN-BAHAN:
  • halba 1 bungkus (50sen)
  • Halia 1 – 2 inch
  • serai 1 batang (yang gemuk)
  • air 3 gelas besar
  • 1 sudu asam jawa

CARA-CARA

  1. Rebuskan semua bahan bertanda * dalam periuk hingga mendidih.
  1. Bila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan tadi dengan 1 sudu asam jawa.
  1. Kacau hingga sebati
  1. Seeloknya, minum masa suam.
  1. Paling bagus minum sebelum masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi, badan rasa segar je.
  1. Boleh amalkan 1 atau 2 kali seminggu.
Lebihan air rebusan ini boleh disimpan dalam peti ais 1 hari saja.
Selain dari perlu jaga apa yang kita makan dan amalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua jugak yang orang-orang dulu biasa amalkan untuk hilangkan sakit badan dan kuarkan angin dalam badan kita ni.
Salah satu petua yang hendak dikongsikan di sini, diamalkan sendiri oleh kemak kawan baik Cik No. Mak dia buat
Kebas kat kaki dan tangan pun boleh lega. Selain dari tu, kalau yang ada masalah susah buang air besar pun boleh cuba tau. Sebabnye die boleh bantu untuk cuci darah beku dalam badan jugak.
**Nota:
Read more ...

Tragedi November : Eksiden & Denggi

Hidup ni memang akan ada pasang surutnya kan.. Sekejap kat atas, sekejap di bawah.. Kadang senang, kadang susah...itulah yang dinamakan warna warni kehidupan.

Bagi saya, bulan November lepas adalah bulan yang sangat mencabar dan memberi dugaan besar buat saya.

Al kisahnya... ada majlis Asperesiasi Iman. Pagi tu saya tak boleh pergi lagi..jadi, abahnya ganti sekejap sementara saya pulak sampai. Malangnya takdan lagi saya sampai, si abahnya call inform yang dia eksiden kat depan kedai. Saya ni antara percaya atau tidak jer...sebabnya tengah2 dok wasap sebelum tu. Pastu dia yang call sendiri bagitau. Jadi, saya takdelah nak gabra dan cemas sangat. Saya pun pergilah ke tempat kejadian.

Allahu... terok jugak keadaan moto. Suami pulak ada kesan luka di bahu dan belakang dek terseret di atas jalan. Koyak jugaklah baju tu...Motor pulak banyak nak kena baiki tu.

Ekdisen  tu berlaku sebab budak tu langgar lampu isyarat. Tak tahulah kenapa dia langgar lampu yang tengah merah tu. Bila selidik rupanya dia tu perah ada kes di Jempol. Sebab dia, habis orang lain pun sama terlibat. Dah suami tak boleh nak kerja sebab masih sakit. Ambil ubat kat hospital pun tak berapa nak jalan. Pergi berurut dah 2x. Tapi still sakit sendi. Pendek kata sebab eksiden tu habis semua tak berjalan dengan lancar. Banyak yang tak dapat dijelaskan pada waktunya. Dengan motor kat bengkel lebih kurang 2 minggu.

Selepas kisah eksiden, meh nak cerita kejadian denggi pulak.

Hari Khamis, motor siap. Suami bawak balik motor masa tengah hujan. 
Dan2 jer esoknya suami demam!
Panas yang amat suhu badannya. Esoknya masa my aba dan ma datang, kami ikut balik kampung. Tujuan balik kampung tu sebab nak berurut...Tapi 3 hari demam tu belum surut. So, Isnin depan tu pergilah kecemasan. Rupanya suami dijangkiti demam denggi. Terus kena admit sebab platlet rendah sangat. 37 jer!

Jadi, Isnin tu balik semula ke Pekan bersama ma dan abah...Mujurlah masa tu time oncall pastu anak2 cuti.

Nanti sambung Part 2 plak


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...