Review Filem Rambo : Last Blood

Akhirnya berkesempatan jugak nak g tengok cerita Rambo ni. Takde dalam plan pun. Masuk panggung pun dah dekat 20min lewat. Tak kisahla kan... sebab kitorang mengejar masa nak ambil anak2 dari taska lagi.
Tengok kat Kuantan City Mall...
Hari Rabu....memang ramailah kan. sebab tiket murah! RM9 sahaja per ticket anytime on Wednesday.

John Rambo....hero filem tu, dah tua sangat...jelas ketara...
Kisah hero ni balas dendam untuk anak saudaranya, Gabrielle yang kena tangkap dengan penjenayah. Pastu kena suntik dadah berlebihan sehinggalah maut masa dalam perjalanan Rambo nak bawak balik si Gabrielle ni. 

Al kisahnya Gabrielle tu yang degil...taknak dengar kata pakcik dia supaya jangan pergi ke Mexico. Si Gabrielle ni nk jumpa ayah dia sebab nak tahu jawapan kenapa ayah dia tinggalkan dia dan ibunya dulu.

Gabrielle ikut kwn dia, jahat jugaklah...g club untuk release tension kononnya selepas Gabrielle jumpa ayahnya tu. Ayah dia memang taknak terima dia!

Masa kat club tu lah Gabrielle kena tangkap dengan si jahat tu. Geng tu memang culik gadis tuk layan nafsu customer2 vip diorang tu termasuklah merasuah pihak polis.

Part yang best bila Rambo serang si jahat tu sebagai umpan si partner jahat tu datang cari dia kat rumahnya di Arozona. Rambo dah atur strategi kat rumah dia tu untuk berhadapan dengan geng2 jahat tu. Last2 Rambo tu mati jugak rasanya...sebab dia kena tembak masa pertempuran tu.

Appaun okeylah cerita tu. Budak2 tak boleh masuk sebab adengan yang sangat ganas dalam tu. Seriau jugaklah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...