Kedai Servis Aircond Berkomputer Kuantan

Jumaat lepas, berkesempatan ke Kuantan untuk repair aircond kereta viva kesayangan tuh. Bertahun tak pakai ekon. Mulanya nak g cek jer apa yang rosak. 
Kita support #BMF kan...

Kedai ekon ni sangatlah saya rekomen untuk korang pergi servis. Bengkel Marzuki. Owner dia Pakcik Marzuki ni baik sangat. Very friendly....Saya call dulu masa on the way tu sebab nak tanya bengkel tutup kul berapa tengahari tu. Bengkel Marzuki terletak di Taman Impianku. Kg.Padang. Kedai tu tepi jalan jer...bawah pokok....sempoi giler kedainya.


Bengkel yang menggunakan servis ekon secara berkomputer. Teknologi canggihla sikit kan... Biasa kalau pergi bengkel biasa pomen akan teka2 apa part yang perlu ditukar bila kata ekon tak sejuk ke apa ke kan... tapi dengan mesin ni, ia akan detect sendiri apakah masalah ekon kereta anda. 



Step pertama, mesin ini akan tengok dulu keadaan dalam part ekon kita tu. Nanti dia buang minyak yang lama yang berkeladak tu.(Macam kereta saya kan dah lama sangat tak on ekon) Lepas dah cuci minyak dan kotoran dalam kereta tu dia akan vakum dulu.
Dah siap vakum barulah mesin akan cek jika ada kebocoran ke apa ke untuk sistem ekon kereta kita tu.. Part ni akan debar sikit sebabnya jika ada masalah, dia akan berbunyi bagi isyarat. Bila part ni dah lepas, barulah boleh gas dan minyak dimasukkan dalam ekon kereta.
Dalam kes viva saya, semua part tu lepas..alhamdulillah. ekon sangat sejuk! Hihi...mulanya kompressor tak jalan pastu jalan pulak. So, pomen syak ada part yang longgar untuk sambungan mana2 ekon tu. Lepas sesi troubleshoot, pakcik tu bagitau yang saya punya part ejas tahap kesejukan tu yang problem. Takboleh nak alih ke lain nanti kompressor stop....mean, jangan usik! 
Takpelah kan...janji ekon dah boleh guna dan sejuk. Untuk viva, pakcik tu suggest tukar filter sebab dah lama tak tukar. Oppss bukan dah lama tapi memang tak pernah servis pun ekon ni. Teroknya saya pakai kereta. Nak mujur kompessor tak jem katanya.



Kesimpulannya, saya sangat rekemen kedai ni sebab servis tip top dan murah. Kalau tak percaya boleh cuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...