Surprise untuk ma dan abah yang menjadi


alhamdulillah... ma abah hepi sangat....
anak2 hadiahkan tv 40 inci sempena anniversary mereka yang ke-36
actually dah lepas tarikh tapi masa tu duit collect tak cukup lagi...so, postpone sampailah minggu lepas. Baru berkesempatan menghadihkan buat mereka...


Read more ...

Jalan ke Pesta Lampu LED Pekan

Ahad lepas sempatlah bawak anak2 ke Pesta lampu kat Pekan. Buat kat Taman Tasik MCD.
Tu pun last minute...jam 10 baru bawak....
Bayaran RM5/head...umur 3 tahun ke bawah tak perlu bayar.

Takdelah banyak sangat lampu LED nya...padanlah dengan harga tiket tu kan... Yang penting anak2 happy. Berlari berkejaran masing2. Lampu warna warni. Kawasan lapang...apa lagi diorang kan... bukan main seronok sangat.

 Terima kasih abah sebab bawak kami ke sini.

 Selit satu gambar ibu kat situ yang tak berapa nak elok.

 Suka sangat anak2 dapat main kat pesta lampu


Ni naik train tong drum tu. Tapinya last2 naik satu tong 3 orang. Sebabnya Iman dengan Hamka takut! Naik mende ni pun rm5/head tapi atas dia jugakla...last2 dia kira rm20 tuk kami semua.

Yang penting anak2 sangat hepi. Have Fun!!!
Read more ...

Review Filem Rambo : Last Blood

Akhirnya berkesempatan jugak nak g tengok cerita Rambo ni. Takde dalam plan pun. Masuk panggung pun dah dekat 20min lewat. Tak kisahla kan... sebab kitorang mengejar masa nak ambil anak2 dari taska lagi.
Tengok kat Kuantan City Mall...
Hari Rabu....memang ramailah kan. sebab tiket murah! RM9 sahaja per ticket anytime on Wednesday.

John Rambo....hero filem tu, dah tua sangat...jelas ketara...
Kisah hero ni balas dendam untuk anak saudaranya, Gabrielle yang kena tangkap dengan penjenayah. Pastu kena suntik dadah berlebihan sehinggalah maut masa dalam perjalanan Rambo nak bawak balik si Gabrielle ni. 

Al kisahnya Gabrielle tu yang degil...taknak dengar kata pakcik dia supaya jangan pergi ke Mexico. Si Gabrielle ni nk jumpa ayah dia sebab nak tahu jawapan kenapa ayah dia tinggalkan dia dan ibunya dulu.

Gabrielle ikut kwn dia, jahat jugaklah...g club untuk release tension kononnya selepas Gabrielle jumpa ayahnya tu. Ayah dia memang taknak terima dia!

Masa kat club tu lah Gabrielle kena tangkap dengan si jahat tu. Geng tu memang culik gadis tuk layan nafsu customer2 vip diorang tu termasuklah merasuah pihak polis.

Part yang best bila Rambo serang si jahat tu sebagai umpan si partner jahat tu datang cari dia kat rumahnya di Arozona. Rambo dah atur strategi kat rumah dia tu untuk berhadapan dengan geng2 jahat tu. Last2 Rambo tu mati jugak rasanya...sebab dia kena tembak masa pertempuran tu.

Appaun okeylah cerita tu. Budak2 tak boleh masuk sebab adengan yang sangat ganas dalam tu. Seriau jugaklah....
Read more ...

Kedai Servis Aircond Berkomputer Kuantan

Jumaat lepas, berkesempatan ke Kuantan untuk repair aircond kereta viva kesayangan tuh. Bertahun tak pakai ekon. Mulanya nak g cek jer apa yang rosak. 
Kita support #BMF kan...

Kedai ekon ni sangatlah saya rekomen untuk korang pergi servis. Bengkel Marzuki. Owner dia Pakcik Marzuki ni baik sangat. Very friendly....Saya call dulu masa on the way tu sebab nak tanya bengkel tutup kul berapa tengahari tu. Bengkel Marzuki terletak di Taman Impianku. Kg.Padang. Kedai tu tepi jalan jer...bawah pokok....sempoi giler kedainya.


Bengkel yang menggunakan servis ekon secara berkomputer. Teknologi canggihla sikit kan... Biasa kalau pergi bengkel biasa pomen akan teka2 apa part yang perlu ditukar bila kata ekon tak sejuk ke apa ke kan... tapi dengan mesin ni, ia akan detect sendiri apakah masalah ekon kereta anda. 



Step pertama, mesin ini akan tengok dulu keadaan dalam part ekon kita tu. Nanti dia buang minyak yang lama yang berkeladak tu.(Macam kereta saya kan dah lama sangat tak on ekon) Lepas dah cuci minyak dan kotoran dalam kereta tu dia akan vakum dulu.
Dah siap vakum barulah mesin akan cek jika ada kebocoran ke apa ke untuk sistem ekon kereta kita tu.. Part ni akan debar sikit sebabnya jika ada masalah, dia akan berbunyi bagi isyarat. Bila part ni dah lepas, barulah boleh gas dan minyak dimasukkan dalam ekon kereta.
Dalam kes viva saya, semua part tu lepas..alhamdulillah. ekon sangat sejuk! Hihi...mulanya kompressor tak jalan pastu jalan pulak. So, pomen syak ada part yang longgar untuk sambungan mana2 ekon tu. Lepas sesi troubleshoot, pakcik tu bagitau yang saya punya part ejas tahap kesejukan tu yang problem. Takboleh nak alih ke lain nanti kompressor stop....mean, jangan usik! 
Takpelah kan...janji ekon dah boleh guna dan sejuk. Untuk viva, pakcik tu suggest tukar filter sebab dah lama tak tukar. Oppss bukan dah lama tapi memang tak pernah servis pun ekon ni. Teroknya saya pakai kereta. Nak mujur kompessor tak jem katanya.



Kesimpulannya, saya sangat rekemen kedai ni sebab servis tip top dan murah. Kalau tak percaya boleh cuba.

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...