Raya Haji dan Air Terjun Sg.Pandan / Panching


Sengih sungguh...terserlah muka yang bulat tu.. Biarlah kan..janji comey..hahaha...
Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga. Baju raya kita repeat yg Raya Puasa jer. Senang xyah fikir dah tema apa.

My anak2 yang soleh dan solehah. Masa ni kat rumah Aki. Raya ni takdan nak bergambar elok2 dengan semua. Ikut dan jer mana sempat ambil gambar. 

Peace! Tu jerlah posing mereka. Whateverlah anak2..janji korang hepi2 jer.

Ini gambar dari status wasap abg ipar. Malas dah nak edit/crop bagai...terus je attach kat blog. Raya kedua kami ke Air Terjun Panching Kuantan. Last pergi sana masa Adik Ami kahwin..masa tu bawak Makngah n bibik kenal tempat ni. Last minit punya plan ni. Dekat kul4.30 dah sampai sana. Perjalanan nak masuk ke sana dari jalan luar tu lebih kurang 5-7min jugakla...lalu kuari dna hutan/ladang. Masa ambil gambar tu, dah takde orang dah...belaka dah balik. Tinggal famili kami pastu geng India remaja. Mintak tolong dialah snap picture ni. Semua ada...


Ha..ni atas jambatan gantung. Gayat jugak weh....cabaran jugak ke sini dengan anak2 kecik...rasanya lebih elok bawak diorang ke Pantai..biarlah berpasir pun...kat sini, kena awasi setiap jejak langkah sebab dalam air tu ada batu sungai....sakit gler bila terpijak...tu yng belah bawahlah. Kalau belah atas tu okey..tempat yang waterfall...

Keluar dari situ terus ke bandar. Singgah kat kedai RM2 pastu terus ke Tjg Lumpur. Tapinya...sejam lebih baru dapat makan sebab orang terlampau ramai. Kesian jugaklah kat pekerja2...ada seornag kakak tu kata dari Asar lagi dia xrehat2...orang full sgt. Dah lembik katanya. Sabarlah kakak....taktau nk tolong macamner kan.

Hargailah masa yang ada bersama famili.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...