Tak mengandung tapi HB rendah

Minggu lepas, setiap pagi saya akan rasa pening kepala. Balik tengahari tu okeyla sikit... Pastu Hari Khamis lepas, saya pun check tekanan darah kat Makmal...Mintak tolong staff situ. Alang2 check HB sekali.
Padanlah kan....tekanan darah saya paras2 jer orang kata. Pastu HB saya teramatlah rendah! 9 je bacaan..
Memang peningla kan... tu belum pregnant (memang xkanlah kan..sbb dah ikat)
Kalau pregnant, HB rendah memang perkara biasa bagi saya. Tiga kali mengandung memang macam tu la sokmonya. Serik sangat rasa...
Jadi, saya pun beli sayur bayam terusla...ofismate k.bad bagi ubat maltofer...untuk tambah darah. Macam okeyla sikitkan..ada perubahan...
Tu kisah minggu lepas..
Pastu start semalam, sakit pening tu datang lagi. K.bad bagilah kat saya ubat tambah darah tu. Mujurlah ubat tu jenis kemam jer...letak jer dalam mulut. Bukan yg jenis telan..kalo x, memang tak telanlah kan.
Doakan saya cepat2 lega yer...
Read more ...

Telekung Kanak2 yang cantik dan murah

Dah lama Kakak Iman nak telekung ni. Selalunya bila solat, dia akan pakai tudung biasa tu jer. Baru ni saya belikan telekung sembahyang kat dia, punyalah gembira...tambah2 beli yang frozen punya. pastu warna purple...Telekung tu jenis kain cotton...beli kat Shopee...
Harga : RM21.90 exc postage

Gambar macam suram sikt kan...sebab malam kot.Lighting kureng.





Read more ...

Mencari etok di Sungai Pahang Kali ketiga

Okey... kisah etok kini kembali. Selepas hampir 2 tahun lebih...last mecari etok masa mengandung ke kembar...Masa tu Kakak Iman kecik lagi. Umur dalam setahun lebih kot.

Yang ni entri last cari etok ---> mencari etok di SUngai Pahang kali kedua

Fisrt time cari masa belum kahwinla...hihi ----> Pengalaman pertama mencari etok

Untuk kali ni saya hanya membawa dua orang anak saya, Kakak Iman dan Hamka. Ikutkan nak tinggal jer si Hamka tu..tapinya dia terjaga pulak masa nak pergi tu. So, bawak jerla. Sorang lagi kembar tinggal dengan tok. Ayra pun...Memang taknak bawak budak..sebabnya...keadaan kat sungai tu kan panas... lagipun langkah berjaga2...al maklumlah kat SUngai kan. Kalau bawka budak tu kena awasi lah...takleh nak fokus sangat cari etok...

Lokasi yang sama jugak.. kat Kampung Pulau Rumput. Layan gambar2 jerla yer...

  Ni Sungai Pahang... musim kemarau...sangat tohor...

Berjalan menuju ke sungai. Park kereta kat ladang kelapa sawit.



Baru sampai...tebing tinggi sangat...kena guna tali nak turun atau naik...
Iman dengan Hamka sangatlah excited. Al maklumlah... jumpa sungai...











Read more ...

Masak siakap 3 rasa sempena birthday


Happy belated birthday to me...
8 Mac setiap tahun saya akan meraikannya...

Untuk tahun ni, my husband celebrate awal sikit. Sehari sebelum birthday kitorang dating ke Kuantan.. Masa tu saya oncall so takdelah nk kena apply cuti kn..
Jalan ke KCM jer...Nak tengok wayang hajatnya tp takde cerita yang berkenan pulak. So, abaikan jerla... husband ajak pergi kedai jam sebab sebelum ni saya memang nak jam. Jadi, buat hadiah birthday jerla... okey... tu lah pilihan kami...Masa beli tu ada diskaun 20%...
terima kasih husband... esoknya husband beli kek kat SR yang slice...anak2 suka makan kan. Masa birthday tu saya masak ikan siakap 3 rasa. Ikan tu beli kat Giant Kuantan masa keluar dating tu la. RM9 seekor. First time tu masak special...haha

Happy birthday to me
Moga diberikan kesihatan yang berpanjangan demi menjaga anak2 untuk menguruskan keluarga seharian. Semoga sentiasa istiqomah dalam membuat sebarang pekerjaan. Semoga berada dalam rahmat Allah sentiasa.
Read more ...

Popia Sayur untuk anak

Sedapnya... tetiba suka pulak makan popia sayur yang member buat aritu. Oleh yang demikian, saya pun google resepi na k buat macammana. Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak buat popia ni. 

Bahan-bahan utama inti popia yang digunakan adalah :

Sayur kubis (sagat halus)
Carrot (sagat halus)
Sengkuang (sagat halus)
Udang kering
Isi ayam racik halus2 jugak
Bawang Besar dimayang halus
Bawang Putih dimayang halus

Cara : Tumiskan bawang besar dan bawang putih dulu. Pastu masukkan isi ayam. Dah agak masak tu masukkan sayur2 yang disagat tadi. Agak2 layu dahlah kan. sebab nanti nak goreng jugak.




Sedap... anak2 pun suka makan. Pagi dan petang saya buat. Hujung minggu ni nak buat lagi. Sebab stok bahan semua masih ada.

Read more ...

Main game di aplikasi Maybank untuk dapat duit cash


MAYBANK BAGI DUIT FREEE ❣️


Korang dah try belum e-wallet version Maybank? Dipanggil MAE. MAE ni ialah “My Absolutely E-Wallet”. .Iaitu E-Wallet Maybank dan kita boleh daftar sepantas 5 minit tanpa perlu pergi ke cawangan Maybank!.Tahu tak, MAE ni 1-1 nya E-Wallet yang ada sekali banking account which is account Maybank kita lah..Account number ni tak sama tau dengan akaun number saving MAHUPUN current. .Apa yang kita boleh buat dengan MAE ni? Ni antara ‘special features’ mereka:.+ boleh split bill dengan kawan-kawan kalau kita lepak ramai-ramai.+ Boleh request duit juga. Ni sesuai kalau nak minta hutang tapi malu..+ Boleh juga request duit dari husband korang ke kan, lepas tu boleh terus dapat. Itu pon kalau tak kena reject. Haha!.+ Paling best! Main game boleh dapat duit! Game ni kena fokus dan cepat tekan coin yang jatuh sebanyak yang boleh tapi jangan sampai tersentuh bom!

  1. Kena download apps maybank dulu, kalau dah ada, boleh update dulu APPS #MAYBANK yang dah ada tu
  2. Log in, tekan dekat "Say Hello to MAE"
  3. Daftar MAE, letak email, negeri dan masukkan invitation code : nab030832
  4. Tekan confirm
  5. Sampai kat topup MAE tu korg skip je, log out, pastu log in balik
  6. Ok dah boleh main, tekan kat logo MONEY MAE-HEM tu, tekan la smua coin coin tu, jgn kena kat bom pulak, dapat DIAMOND dapat extra 5 saat

Duit hasil main game.. Auto masuk ke akaun korg tau 💪🏻💪🏻
Yang penting ini bukan SCAM tauu !! official dari maybank.. Tak percaya boleh cuba dulu.


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...