Lebam dan cara mengatasi

Apa itu lebam ?
  • Lebam adalah perubahan warna kulit menjadi kebiruan disebabkan kecederaan pada saluran darah di bawah kulit.
Punca ? 
  • Trauma /kecederaan : seperti terhantuk, terlanggar sesuatu objek keras atau akibat cengkaman kuat dan tersepit.
  • Pengambilan ubat mencair darah seperti aspirin dan warfarin.
  • Proses penuaan menyebabkan kulit menjadi nipis dan salur darah kecil dalam lapisan kulit mudah tercedera.
  • Masalah perubatan : masalah pendarahan  (hemofilia, leukimia), jangkitan (denggi berdarah, sesis ), penyakit SLE, Vaskulitis dan lain-lain
  • ? keturunan : cenderung mendapat lebam
Bagaimana merawat lebam ?
  • Rehatkan bahagian yang tercedera untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk
  • Tuamkan dengan ais (cold packs/compress) untuk mengurangkan bengkak dan keradangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit serta menghentikan pendarahan (jika ada). Lakukan selama 10-15 minit sebaik mengalami kecederaan tersebut; sekurang-kurangnya dalam 24-48 jam pertama. * balutkan ais dengan tuala atau kain sebelum menuam dan berhenti sebaik sahaja merasa kebas atau lakukan 10-15 minit sahaja setiap kali.
  • Balut (bandage) bahagian yang cedera untuk merehatkan dan mengurangkan sakit
  • Jika  bahagian yang lebam/cedera adalah di bahagian tangan atau kaki ; tinggikan kedudukan untuk merehatkannya dan mengurangkan bengkak (contoh : jika lebam di kaki – letakkan kaki di atas bantal ketika berbaring )
Selepas 48 jam…
  • Tuamkan dengan tuala yg direndam dalam air suam (warm compress)  untuk menggalakkan pengaliran darah ke bahagian lebam dan mempercepatkan proses pemulihan.
Proses pemulihan…
Lebam disebabkan oleh pengumpulan sel-sel darah di bahagian lapisan kulit yang cedera.Perubahan warna lebam adalah disebabkan pemecahan sel darah tersebut :
  • Lebam baru biasanya adalah kemerahan (pendarahan baru)
  • Kemudian menjadi kebiruan-kehitaman kerana proses pemecahan hemoglobin darah selepas 1-2 hari
  • Selepas beberapa hari ( 5-10 hari ) ia menjadi kekuningan atau kehijauan
  • Biasanya lebam akan pulih sepenuhnya dalam 2 hingga 4 minggu atau lebih lama (bergantung kepada tahap kecederaan)
Perlukah berjumpa doktor ?
YA jika…
  • mengesyaki lebam adalah kerana penderaan dan bukannya kecederaan biasa
  • lebam berdekatan kawasan mata
  • lebam terjadi dengan sendiri /tanpa sebab
  • lebam bertambah bengkak dan sakit
  • berdekatan sendi dan tidak dapat menggerakkan sendi ( misalnya terseliuh, terkehel)
  • terdapat tanda jangkitan atau radang di kawasan lebam
  • lebam tidak berkurangan selepas 2 minggu
Adakah ubat diperlukan ?
Ubat diberikan adalah untuk mengurangkan sakit, mengurangkan bengkak, kesan lebam dan radang

sumber : https://imfcare.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...