Anak2 hantar ke Taska Permata KEMAS 2019

Kisah 2019... Banyak perubahan yang bakal berlaku. Antaranya... Anak2 saya yang 3 orang tu akan memulakan persekolahan di Taska Kemas Permata. Kalau sebelum ni Kakak Iman sahaja yang  bersekolah di Tadika Swasta..tapi tahun ni saya dan suami sepakat letak Kakak Iman bersama2 dengan adik2nya.

Taska Permata Kemas sampai jam 5petang. So, tak perlulah saya nak fikir pasal nak ambil anak waktu tangahari. Kalau tidak, sebelum ni tengahari jer ambil kakak pastu Iman akan stay dengan saya atau suami sehingga saya habis kerja. Lapang dada sikit bila mereka bertiga duduk sekali kat taska tu. Tinggal yang bongsu jela still dengan pengasuh yang lama. itupun rasa nak cari pengasuh yang lain..yang lebih dekat dengan rumah.

Gambar first tu, hari pertama hantar ke taska. Bukan main suka belaka. Kakak dah biasa dengan alam persekolahan. Yang lagi 2orang tu baru nak kenal alam persekolahan. Taska permata ni terletak sekali dengan Tadika Kemas. Dalam satu kawasan. Kira kawasan induklah... Taska belah belakang.  Gambar pegang tangan tu masa hari kedua. Kena paksa pergi sekolah. huhu...

Sampai kat kelas, letak kasut di tempat yang disediakan. Teacher letak gamba muka masing kat rak kasut tu. Kalau letak nama, tak pandai pulak budak2 nak membaca kan. Taska ni ambil budak yang umur 2-4tahun sahaja. Kuota memang sangat terhad. Lebih kurang 25orang sahaja kanak2 yang ada di bawah pengawasan 5orang teacher dan pembantu.


N buku log yang perlu ibu bapa catat setiap hari. Pastu teacher pun catat aktiviti kat dalam tu. Jadi, bolehlah ibu bapa tahu apa yang anak2 lakukansemasa di taska.
Yuran sebulan rm100/orang...
Operasi Taska bermula seawal jam 7.30pagi - 5.00 petang sahaja.
Tapi biasa saya hantar anak2 jam 9.00 pagi...
Semoga anak2 okey lepas ni...Sehingga hari ini, lepas jer hantar anak2, nak tinggal je mesti si Hakim akan menangis. Tapi nak buat macammana kan...saya serahkan jer pada cikgu untuk selesaikan.. Lagipun sekejap jer mereka menangis.
Kata teacher, memang sampai 2 bulan anak2 akan menangis. Normal la kan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...