Hari Lahir Nur Iman yang meriah tahun ni


Happy Birthday Nur Iman...
Semoga anak ibu menjadi seorang anak yang solehah.
Sentiasa disenangi ramai orang.
Sentiasa dalam rahmat Allah...

Tahun ni kakak Iman celebrate birthday sekali dengan Paksu Kimi & Ayu yang berkongsi bulan yang sama. Tapi celebrate awal la kan. Pastu 15hb Isnin tu Iman celebrate dengan kawan2 dekat Taska pulak. Jadi kakak ada 2 kek! Alhamdulillah kakak dengan kurniaan rezekinya...


Sempena birthday kakak, dapat hadiah basikal baru. RM170 beli kat kedai aunty cina tepi sungai tu.Suka sangatlah kakak dapat basikal baru. Dahla kaler purple...


Hari yang sama jugak, barang yang saya order kat shopee untuk 2 beradik tu sampai. Self pick up kat J&T Express. Excavator yang menjadi idaman si Hakim kalau pergi rumah makngah dia tu ha. Peace!!! Untuk ayra jer xde beli apa. Ayra naik dengan kakak jerla ye sayang.


Read more ...

Menu eat clean untuk lunch


First day menu eat clean untuk lunch... kesal sikit sebab pagi tu makan yang agak tinggi kalori. Terus rasa bersalah then gigihlah masak menu eat clean. 

  • Ikan bakar pelaling 2 ekor
  • Sayur bendi celur
  • Sebijik timun jepun
  • Air asam
  • Nasi suku

Harap istiqomah hendaknya. Nak buat IF pun tak lepas. Mudah sangat lapar. Diet untuk kesihatan.






Read more ...

Aidilfitri 2019




Susahnya nak dapatkan gambar yang elok kan..macam2 ragam anak..
Aidilfitri kali ni tema kaler gold mustad. Last minute decide...masa beli baju raya tu, terus je pilih warna tu sebab lawa di mata my husband. saya ni follow ajer... kaler apapun saya okey...janji takmau hitam...hihi

disebabkan rumah kami dekat2 jer, pagi raya tu bolehlah beraya kat rumah kami sama2. ni kat rumah mak saya. dalam jam 10 lebih tu kitorang pun gerak ke rumah belah mertua.

alhamdulillah...masih dapat beraya. bersyukur selalu...
Read more ...

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Jomlah join sesiapa yang masih belum joinkan diri. Manalah tahu...dapat duit raya... lalalala... amin...

Hadiah Giveaway - Wang Tunai berjumlah RM400
Pertama : RM50 x 5 orang pemenang
Kedua : RM30 x 5 orang pemenang


Read more ...

Tengok Upin dan Ipin di MBO KECIL Kuantan City Mall

Jumaat lepas, bawak anak2 tengok wayang. Tapi pergi dah lewat.sebab ada orang kat rumah. takkan nak keluar kan.. Booking pun masa on the way ke Kuantan tu. Si ayra tinggal dengan pengasuh. Memang tak bawaklah dia sebabnya rasa dia masih kecik...lagipun kesihatan agak kurang baik. 

Amik yang hall KECIL, sesuai nak bawak anak2... saya ambil yang jenis Bed. 
ToTAL rm59 termasuk popcorn dan 2 air. Order mbo online kat apps jer. Takyah nak beratur kan. Mujur ada 2 be dyang tinggal masa tu. 

Tayangan start jam 2:20 petang. Sampai kat KCM awal sikitlah.. so, isi perut dulu yang ringan2 ajerla...Beli donat big apple, sushi dan minum kat Restoran Taj yang dekat dgn MBO Cinema tu.





Sumber : Facebook Page MBO Cinema 

Gambar kat atas tu rupa dalam hall KECIL. Saya ambil yang jenis katil tu. Muat untuk saya 5 beranak!!! Kedudukan katil tu di bahagian belakang sekali di pintu masuk hall. Ada 4 katil jer...Yang kat depan kerusi macam sofa...memang selesa kalau duduk kan... Yang tengah seat macam kat hall biasa kot...masa saya pergi tu memang banyak kosong. Budak2 pun bebas nak g sana sini. 





Kesimpulan : Cerita upin ipin tu best! Tak jemu tengok. Anak2 pun suka...tengok tv besar...tempat yang sangat selesa. Boleh pergi lagi nanti. Bawak Ayra pulak...tapi bila dia dah besar sikitla...

Habis je cerita tu, terus keluar dari KCM untuk bergerak balik sebab dah dekat pukul4... nanti nak makan lagi..nak ambil si kecik tu lagi. On the way balik tu singgah makan kat restoran baru kat Tanjung Selangor. Restoran daging bakar daun pisang namanya. Try menu special diorangla kan. Daging bakar daun pisang. ok sedap!!! Ambil set pakej 3orang makan.
Ada siakap masma manis, kailan, tomyam dan telur dadar. Set RM45. So far, menu lain tu biasa2 jer. Tapi makan jerla kan...





Read more ...

Kerepek Udang Geragau Original Melaka

Member ofis si Fida yang selalu bawak kerepek ni ke ofis. Pastu sekali rasa konpem nak lagi.. serius!! memang sedap sangat2...Pastu baru ni kebetulan mak ayah dia ke Melaka, saya pun kirimlah sebungkus nak makan2 kat rumah..


Dah bukak baru teringat nak amik gambar...hihi...saya pun xpasti berapa kg ni..rasanya 1/2 kg tapi sebungkus ni RM10 sahaja...murahlah kan... berbaloi2 beli...sebab memang sedap tau.. kudapan kat ofis...sebalang boleh habis...sdap rasa udang sangat2...
Yang saya order ni keluaran : Maziah World Trading/ Maz N Zam Enterprise


Read more ...

Pizza Anak Dol viral yang sedap gebu

Alhamdulillah...
ada jugak rezeki nak merasa pizza ank dol yang viral tu...Ok..untuk yang belum tahu...meh nak cerita sikit.

Anakdolpizza berada di hadapan masjid Kg Bukit Dinding Jerantut. AnakdolPizza buka setiap Selasa hingga Ahad. Dari jam 2.00 petang hingga jam 7.00 petang.Tempahan awal pizza boleh dibuat selewatnya sehari sebelum di http://anakdolpizza.wasap.my/. Tempahan yang melebihi Rm100 dan keatas perlu membuat bayaran deposit dengan cara bayaran online @ bank in ke akaun kami. Tempahan untuk hari yang sama tidak akan diterima. Anda boleh buat pembelian terus di kaunter kedai. Kerjasama dari anda amat kami hargai.

-Kredit to PizzaAnakDol


Saya order Pizza Special Sambal Hitam dan Pizza biasa ayam sandwich. 
Serius...memang sedap... gebu yang teramat.Walaupun dah sejuk, still geboo tau...
Kalau tetiba datang ke Pahang ni nolehlah singgah ke sana yer...


Read more ...

Tak mengandung tapi HB rendah

Minggu lepas, setiap pagi saya akan rasa pening kepala. Balik tengahari tu okeyla sikit... Pastu Hari Khamis lepas, saya pun check tekanan darah kat Makmal...Mintak tolong staff situ. Alang2 check HB sekali.
Padanlah kan....tekanan darah saya paras2 jer orang kata. Pastu HB saya teramatlah rendah! 9 je bacaan..
Memang peningla kan... tu belum pregnant (memang xkanlah kan..sbb dah ikat)
Kalau pregnant, HB rendah memang perkara biasa bagi saya. Tiga kali mengandung memang macam tu la sokmonya. Serik sangat rasa...
Jadi, saya pun beli sayur bayam terusla...ofismate k.bad bagi ubat maltofer...untuk tambah darah. Macam okeyla sikitkan..ada perubahan...
Tu kisah minggu lepas..
Pastu start semalam, sakit pening tu datang lagi. K.bad bagilah kat saya ubat tambah darah tu. Mujurlah ubat tu jenis kemam jer...letak jer dalam mulut. Bukan yg jenis telan..kalo x, memang tak telanlah kan.
Doakan saya cepat2 lega yer...
Read more ...

Telekung Kanak2 yang cantik dan murah

Dah lama Kakak Iman nak telekung ni. Selalunya bila solat, dia akan pakai tudung biasa tu jer. Baru ni saya belikan telekung sembahyang kat dia, punyalah gembira...tambah2 beli yang frozen punya. pastu warna purple...Telekung tu jenis kain cotton...beli kat Shopee...
Harga : RM21.90 exc postage

Gambar macam suram sikt kan...sebab malam kot.Lighting kureng.





Read more ...

Mencari etok di Sungai Pahang Kali ketiga

Okey... kisah etok kini kembali. Selepas hampir 2 tahun lebih...last mecari etok masa mengandung ke kembar...Masa tu Kakak Iman kecik lagi. Umur dalam setahun lebih kot.

Yang ni entri last cari etok ---> mencari etok di SUngai Pahang kali kedua

Fisrt time cari masa belum kahwinla...hihi ----> Pengalaman pertama mencari etok

Untuk kali ni saya hanya membawa dua orang anak saya, Kakak Iman dan Hamka. Ikutkan nak tinggal jer si Hamka tu..tapinya dia terjaga pulak masa nak pergi tu. So, bawak jerla. Sorang lagi kembar tinggal dengan tok. Ayra pun...Memang taknak bawak budak..sebabnya...keadaan kat sungai tu kan panas... lagipun langkah berjaga2...al maklumlah kat SUngai kan. Kalau bawka budak tu kena awasi lah...takleh nak fokus sangat cari etok...

Lokasi yang sama jugak.. kat Kampung Pulau Rumput. Layan gambar2 jerla yer...

  Ni Sungai Pahang... musim kemarau...sangat tohor...

Berjalan menuju ke sungai. Park kereta kat ladang kelapa sawit.



Baru sampai...tebing tinggi sangat...kena guna tali nak turun atau naik...
Iman dengan Hamka sangatlah excited. Al maklumlah... jumpa sungai...











Read more ...

Masak siakap 3 rasa sempena birthday


Happy belated birthday to me...
8 Mac setiap tahun saya akan meraikannya...

Untuk tahun ni, my husband celebrate awal sikit. Sehari sebelum birthday kitorang dating ke Kuantan.. Masa tu saya oncall so takdelah nk kena apply cuti kn..
Jalan ke KCM jer...Nak tengok wayang hajatnya tp takde cerita yang berkenan pulak. So, abaikan jerla... husband ajak pergi kedai jam sebab sebelum ni saya memang nak jam. Jadi, buat hadiah birthday jerla... okey... tu lah pilihan kami...Masa beli tu ada diskaun 20%...
terima kasih husband... esoknya husband beli kek kat SR yang slice...anak2 suka makan kan. Masa birthday tu saya masak ikan siakap 3 rasa. Ikan tu beli kat Giant Kuantan masa keluar dating tu la. RM9 seekor. First time tu masak special...haha

Happy birthday to me
Moga diberikan kesihatan yang berpanjangan demi menjaga anak2 untuk menguruskan keluarga seharian. Semoga sentiasa istiqomah dalam membuat sebarang pekerjaan. Semoga berada dalam rahmat Allah sentiasa.
Read more ...

Popia Sayur untuk anak

Sedapnya... tetiba suka pulak makan popia sayur yang member buat aritu. Oleh yang demikian, saya pun google resepi na k buat macammana. Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak buat popia ni. 

Bahan-bahan utama inti popia yang digunakan adalah :

Sayur kubis (sagat halus)
Carrot (sagat halus)
Sengkuang (sagat halus)
Udang kering
Isi ayam racik halus2 jugak
Bawang Besar dimayang halus
Bawang Putih dimayang halus

Cara : Tumiskan bawang besar dan bawang putih dulu. Pastu masukkan isi ayam. Dah agak masak tu masukkan sayur2 yang disagat tadi. Agak2 layu dahlah kan. sebab nanti nak goreng jugak.




Sedap... anak2 pun suka makan. Pagi dan petang saya buat. Hujung minggu ni nak buat lagi. Sebab stok bahan semua masih ada.

Read more ...

Main game di aplikasi Maybank untuk dapat duit cash


MAYBANK BAGI DUIT FREEE ❣️


Korang dah try belum e-wallet version Maybank? Dipanggil MAE. MAE ni ialah “My Absolutely E-Wallet”. .Iaitu E-Wallet Maybank dan kita boleh daftar sepantas 5 minit tanpa perlu pergi ke cawangan Maybank!.Tahu tak, MAE ni 1-1 nya E-Wallet yang ada sekali banking account which is account Maybank kita lah..Account number ni tak sama tau dengan akaun number saving MAHUPUN current. .Apa yang kita boleh buat dengan MAE ni? Ni antara ‘special features’ mereka:.+ boleh split bill dengan kawan-kawan kalau kita lepak ramai-ramai.+ Boleh request duit juga. Ni sesuai kalau nak minta hutang tapi malu..+ Boleh juga request duit dari husband korang ke kan, lepas tu boleh terus dapat. Itu pon kalau tak kena reject. Haha!.+ Paling best! Main game boleh dapat duit! Game ni kena fokus dan cepat tekan coin yang jatuh sebanyak yang boleh tapi jangan sampai tersentuh bom!

  1. Kena download apps maybank dulu, kalau dah ada, boleh update dulu APPS #MAYBANK yang dah ada tu
  2. Log in, tekan dekat "Say Hello to MAE"
  3. Daftar MAE, letak email, negeri dan masukkan invitation code : nab030832
  4. Tekan confirm
  5. Sampai kat topup MAE tu korg skip je, log out, pastu log in balik
  6. Ok dah boleh main, tekan kat logo MONEY MAE-HEM tu, tekan la smua coin coin tu, jgn kena kat bom pulak, dapat DIAMOND dapat extra 5 saat

Duit hasil main game.. Auto masuk ke akaun korg tau 💪🏻💪🏻
Yang penting ini bukan SCAM tauu !! official dari maybank.. Tak percaya boleh cuba dulu.


Read more ...

Giveaway Cash Blogger Malaysia

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!

jom join kawan2....
Manalah tahu ada rezeki kita kan....


Read more ...

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

SEMOGA ADA REZEKI SAYA PADA KALI INI. MANALAH TAHU HADIAH BIRTHDAY...
AMIN YA RABBAL ALAMIN
Read more ...

Kembar Hamka dan Hakim

Anak2 teruna saya yang hyper... eh xla...biasa jer..budak2 kan..adatlah...
Hamka dan Hakim..,
umur dah 2 tahun setengah dah.. 
macam2 perangai dah sekarang...





Semoga saya sentiasa istiqomah dalam mendidik anak2...menjaga anak2...

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...