Beli Set Gelongsor di Shopee


Kebahagiaan anak2 bila dapat tengok diorang hepi...suka sangat masing2 kalau dapat main kat taman. Sempat bawak anak2 main kat taman sementara menunggu abah habis kerja. Taman permainan ni kat kawasan Hotel Inderapura Lake Resort. Actually taman ni tak buka untuk pengumjung luar sebab dalam kawasan resort tapi ada pagar yang boleh dilalui. Ramai yang jogging kat tasik tu. Yang main pun ramai. Saya pun lepas jerla anak2 main. Bukan main gembira sekali mereka. Al maklumlah jarang saya bawak semua anak2 ke taman. Sebab fikir payah nak handle kecik2 semua. Tapi entahlah kenapa aritu saya semangat nak bawak mereka. Fikir boleh je nak kawal anak2.. confident is important!

Ni taman yang berdekatan dengan resort tasik tu jugak tapi yang public punya. Kebetulan aritu abahnya cuti. Saya ajakla incik hubby bawak anak2 main sekejap kat taman. Tapi, tak puas main. Yela... budak2 tengah excited.
Jadi, saya pun ambil keputusan untuk beli slide for kid ni. Beli kat shopee dengan harga rm99 inc postage. Pastu guna voucher code dapatlah diskaun 11% lagi..berbaloi2 beli... Saya memang pengguna online shopee yang tegar...setiap hari mesti nak usha barang kat website tu. Berhantu sungguh...
Memang suka sangat2lah diorang main sampai tak kira masa. Tapi tak cukuplah satu jer.. anak2 ada 4orang..takdan nak gelongsor...haha
apapun saya puas hatilah sebab dapatlah jugak anak2 main dalam rumah. Nak bawak ke taman banyak kekangan jugak. Masa....lagipun sekarang musim hujan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...