Family Day Residence Inn Cherating

Tempat : Seperti yang tertera di tajuk
Tarikh : 22-23 September 2018

Sebulan dah planning family day ni...akhirnya bos approved. Hihi..memang syokla kan.. bkan senang nak dapat sponsor ni. Cuci kaki tangan jer orang kata....

Pakej yang kitorang amik ni sekali dengan telematch.

RM220/head

Bilik, dinner BBQ,lunch masa balik,games (6 games)


Kitorang gerak dari Pekan dah dekat jam 1 lebih. Sampai hotel dalam kul3 la...tu pun sebab lalu jalan bandar yang banyak traffic light. Kalau tak, cepat jer sepatutnya. Anak2 dah pakai terus baju family day. Senang...takyah nak kelam kabut nanti. Tinggal mak ayah jer.


 


Bilik 111...Tingkat bawah jer...mengadap pool. Gambar kat bawah ni view dari bilikla. Nice...
Ni masa telematch. Untuk anak2 takde games. Almaklumlah anak masing2 kebanyakan tengah merangkak...berapa ketul je yang besar. 
Game by group ada 3 : bowling kelapa, lari king kong, makin lama makin sayang.
 Game couple pulak baling telur. Pastu game individu laki/perempuan. Nak main game kena gilir2la sebabnya masing2 ada anak kecik yang tak boleh ditinggalkan. hihi 
selesai acara telematch pada petang tu. Malam tu pulak acara BBQ... urmmm tidak menepati citarasa makanan yang dihidangkan pada malam tu. Disappointed la jugak kan... tak banyak pilihan makanan yang ada. Tidak berbaloi dengan harga.

Ni dah balik bilik lepas BBQ tu. Anak2 dah penat. Siang tu belaka tak tidur mana. Mujurlah si Ayra tak buat perangai lansung kan. ALhamdulillah... Ayra sememangnya anak yang sangat baik.

kat atas tu menu bekfes. Simple jer...lepas bekfes, balik bilik tukar baju mandi anak2...dah tak sabar sangat belaka nak main kolam tu ha.

Ni dah nak balik...Singgah bandar jer beli puting botol anak2. Pastu terus balik rumah. Rehat serehatnya. Kesimpulan....cuti yang best sebab dapat hepikan anak2 yang tersayang. Smeoga tahun depan dapat sponsor lagi dari company nak buat family day!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...