Ibu yang garang

Nur Iman 3 tahun
Kembar 2 tahun
Nur Ayra 11 bulan

Di usia yang sebegini lah anak2 menunjukkan perangai. Tantrum... huhuhuhu..Toksoh katala...terutamanya yang si abang tu ha... Nampak sado tapi hati kecik sangat2...Nak menempek kat ibu jer...Tak boleh salah sikit..tak boleh tegur sikit...mesti terus melaungkan suara yang teramatlah lantang.

Kakak Iman pun ada masanya buat perangai yang menjadikan ibu naik darah. Dia kan kakak..jadi kuasa kakak tu digunakan. Kadang keras kepala...iman oh iman....

Yang tak berapa nak buat perangai, Hakim...suka menyakat abang. Tapi jenis yang gamble je Hakim ni. Kalau nak tido, terus jer tido tak macam abang...

Ayra lagila baik budaknya. Buat perangai kalau dia mengantuk sangat jer. Kalau tak, main jer...selalu jugak kena buli dengan abang2...biasala kan...abang2 kan hero...

Saya balik kerja pastu ambil anak dalam jam 6.30pm
Sampai kat rumah biasanya kul7...time maghrib...
Saya akan bersihkan diri dulu sebelum melayan anak2...makan dan sebagainya...Dari situ sampailah nak tidur memang saya akan bertukar watak menjadi lion!!! Anak2 ni akan terjerit2 dengan pelbagai ragam...menjerit nangis ada..jerit main pun ada. Pening time ni...
Dalam kul9 lebeih saya dah ajak diorang masuk bilik..standby untuk tidur...biasanya jam 10 malam memang belaka dah tidur...termasuklah saya...hihi...menyusukan si kecik tu...ibu pun lelap sekali. Suami saya balik lewat setiap malam. Jarang snagat2lah akan balik awal tu. Jadi, saya akan handle anak2 sampai diorang tidur. Itupun kadang2 ada yang terjaga pastu mengamuk....

Setiap kali marahkan anak2 selalu beringat dan istighfar...anak2 kecik lagi...nanti diorang dah besar,mesti rindu suasana tu. Lagipun...mereka adalah harta2 yang tidak ternilai. Pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan....Allah je yang tahu...

Semoga Iman, Hamka, Hakim dan Ayra membesar menjadi anak2 yang baik...mendengar nasihat,baik budi pekerti dan tutur bicara...menyenangkan hati semua...
 






LOVE U ALL...

Read more ...

Berjimba di Bukit GambanG Waterpark

Cerita Hari Ahad lalu. Diberikan rezeki untuk bawa anak2 main air kat Bukit Gambang Waterpark. Terima kasih ma dan abah sudi bawak kami anak beranak. Sanggup datang ke Pekan untuk ambil kami. Terima kasih pada incik suami sebab membenarkan kami pergi. Kami sampai kat sana dalam pukul11 pagi. 
Tiket pakai voucer. Dapatlah diskaun.
Normal rm33 dewasa
Guna voucher rm28


 First main kat Coco beach. Nak tunggu ombak tapinya xdatang2 pun ombak.

 Anak teruna main sama2...time elok kan...

 Mana lagi sorang anak saya ni? Entahla...huhu

 Kembar oh kembar

 Anak sulung saya. Nine...

Anak bongsu saya...Amoi...

Just nak remind pada mereka yang belum pernah datang. Standby duit banyak sikit sebab makanan kat dalam tu agak mahal. Makanan dari luar tak dibenarkan bawa masuk tau. Memang security akan check giler2...habis korek dalam beg korang tu. Nasib baik sangatlah kalau terlepas. Lepas tu kat dalam tu semua pakai e-value....xdok guna cash tau...nanti keluar boleh refund semula kat kaunter refund.
Read more ...

Pindah rumah lagi

Ni masa kat rumah Taman Perdana. Bawak keluar semua barang2 ke porch...
Taman Perdana best...tapi sewa mahal...Berbaloi sangat dengan rumah. Jiran2 kat situ semuanya golongan cikgu..hihi..
Saya xsempat pun nak kenal jiran2.. Ada masa kat rumah pun xdan nak berceloteh...melayan anak2 jela... Anak2 suka sangat dengan rumah tu sebabnya sangat luas.Puaslah diorang bermain.
 

Ni rumah sewa baru. Yang best rumah ni sebab saya nak pergi kerja cepat sikit. Takdelah nak kena redah traffic light yang banyak tu. Rumah sederhana. Tapi sangat okeyla untuk kami berenam kat situ. Sekarang pun tak siap lagi kemas. Minggu depan baru dan kot time oncall.

Entri yang takde intro. HAHA

Untuk pengetahuan, saya duduk Taman Perdana tu baru sebulan sebab terpaksa. Takde pilihan rumah lain dah masa kena keluar dari Taman Mentiga tu. Rumah yang kat Taman Mentiga tu,owner nak jual rumah pulak. Terpaksalah kami keluar.  

Kronologi....

Pekan Lama - Kelat Rendang - Taman Mentiga - Taman Perdana - Taman LKNP

Pasni boleh duduk rumah sendiri pulak kot. Amin....

Read more ...

Family Day Residence Inn Cherating

Tempat : Seperti yang tertera di tajuk
Tarikh : 22-23 September 2018

Sebulan dah planning family day ni...akhirnya bos approved. Hihi..memang syokla kan.. bkan senang nak dapat sponsor ni. Cuci kaki tangan jer orang kata....

Pakej yang kitorang amik ni sekali dengan telematch.

RM220/head

Bilik, dinner BBQ,lunch masa balik,games (6 games)


Kitorang gerak dari Pekan dah dekat jam 1 lebih. Sampai hotel dalam kul3 la...tu pun sebab lalu jalan bandar yang banyak traffic light. Kalau tak, cepat jer sepatutnya. Anak2 dah pakai terus baju family day. Senang...takyah nak kelam kabut nanti. Tinggal mak ayah jer.


 


Bilik 111...Tingkat bawah jer...mengadap pool. Gambar kat bawah ni view dari bilikla. Nice...
Ni masa telematch. Untuk anak2 takde games. Almaklumlah anak masing2 kebanyakan tengah merangkak...berapa ketul je yang besar. 
Game by group ada 3 : bowling kelapa, lari king kong, makin lama makin sayang.
 Game couple pulak baling telur. Pastu game individu laki/perempuan. Nak main game kena gilir2la sebabnya masing2 ada anak kecik yang tak boleh ditinggalkan. hihi 
selesai acara telematch pada petang tu. Malam tu pulak acara BBQ... urmmm tidak menepati citarasa makanan yang dihidangkan pada malam tu. Disappointed la jugak kan... tak banyak pilihan makanan yang ada. Tidak berbaloi dengan harga.

Ni dah balik bilik lepas BBQ tu. Anak2 dah penat. Siang tu belaka tak tidur mana. Mujurlah si Ayra tak buat perangai lansung kan. ALhamdulillah... Ayra sememangnya anak yang sangat baik.

kat atas tu menu bekfes. Simple jer...lepas bekfes, balik bilik tukar baju mandi anak2...dah tak sabar sangat belaka nak main kolam tu ha.

Ni dah nak balik...Singgah bandar jer beli puting botol anak2. Pastu terus balik rumah. Rehat serehatnya. Kesimpulan....cuti yang best sebab dapat hepikan anak2 yang tersayang. Smeoga tahun depan dapat sponsor lagi dari company nak buat family day!




Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...