Iman mula sekolah Tadika Cahaya Ilham

Baru 3 tahun kakak Iman ni... tapi dah kena hantar sekolah...Actually delay banyak kali dah nak masuk. Kejap rasa nak hantar, kejap rasa taknak hantar.
demi kebaikan kamu duhai anak...ibu dan abah kena hantar jugak ke sekolah.
Sejak abah bukak kedai sebelum raya tu, Kakak Iman memang follow abah ke kedai setiap pagi dan petang. Kadang2 jer ikut ibu ke ofis ibu.
Ibu mana tak suka kan kalau dapat berkepit dengan anak..tapi kerja kan.. environment yang kurang sesuai untuk Iman. Tiada tempat untuk dia tidur...lagipun kalau denga ibu nanti Iman konpem main gadget jer...

Jumaat lepas bersamaan 6 JULAI 2018, bermulalah episod baru dalam kamus hidup kakak. Pilih hari Jumaat sebab ada jamuan Raya hari tu. Kiranya pagi tak belajar. Semoga Iman boleh biasakan diri dengan environment baru.

Kisah hari Khamis, 5 Julai  
Baju raya kakak tinggal kat kampung. Jadi, untuk jamuan raya tu kenalah cari baju baru kan. Adehhh...puas bangat nak dapatkan baju kurung budak lepas raya. Hampir semua tempat yang saya pergi tinggal yg clearance jer..saiz pun nak mujur jela ada... Takpelah kakak... dapat jugak baju kurung songket untuk kakak kan... ngam2 jer saiz..kain jerlah agak labuh.



Untuk Iman ni saya ambil pakej sampai 3:30pm sahaja...
Boleh sampai jam 6ptg... tapi mikir amik iman time tengah hari tu...sebelah petang dah sibuk...abahnya kerja tak menentu sekarang. saya pulak sibuk nak ambil adik2 iman pulak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...