Santai di Taman Tema Air De Rhu Beach Resort, Kuantan

Cuti panjang 2 minggu... kenapa 2 minggu?
Start 1 Mei memang saya tak perlu datang ofis dah sebab oncall. Pastu berlarutan ambil cuti duduk rumah sebab anak2 semua tak sihat. Iman dan Hakim kena ulser mulut. 
Ya Allah.... tuhan je yang tahu betapa serabutnya minggu tu....bertembung dengan hari nak bukak kedai gunting rambut abahnya lagi. Aish.. macam2 hal minggu tu. Next entry nak cerita sikit. Kerja semula 13 Mei... lama giler cuti..rasa macam nak cuti jer selamanya.

Tapi untuk entri kali ni nak cerita pasal santai kat De Rhu Beach Resort. Sebenanrnya takdelah dalam plan pun nak pergi sana. Lepas tu adik ipar ada call tanya bukak ke tak De Rhu tu. Teruslah ajak family pergi. Masa tu adik yang dok Subang ada balik. So, tengahari lepas makan nasi tu geraklah ke Kuantan. Anak2 bukan main seronok lagi dapat berjalan. Al maklumlah duduk kat Pekan tak lepas ke mana2. Ibu Abah terpaksa kerja. Kadang nak bersembang pun tak dan dalam sehari tu.

Bayaran :
RM10 dewasa
RM7 kanak-kanak  

Sesi pagi : 8pg-12tghari
Sesi petang : 02ptg-07ptg
 

 Terima kasih abah sudi melayan anak-anakku yang ramai tu.

Masa ni dah siap mandi belaka. Tunggu Nisa kot yang belu siap salin pakaian. Kembar kelaparan tu lepas mandi.
 My Iman...suka sangat dapat main air.

Terima kasih ma sudi melayan kerenah anak-anakku yang pelbagai ragam. 

 Adik yang bongsu. Melayan anak2 buah...

Family Subang in da house.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...