Ibu anak 4 yang masih kecil

Entri santai2 jer ni.... rasa nak bercerita pasal pengalaman diri sendiri. 
Saya mmepunyai 4 orang anak yang masih kecil.
Sulung 3 tahun, kembar 2 tahun, bongsu 6 bulan.
Rezeki Allah bagi kat saya. Al maklumlah kahwin pun di usia 30 tahun. Usia perkahwinan pun belum lagi mencecah 4 tahun tetapi saya dah memiliki zuriat 4 orang.  Syukur atas nikmatMu Ya Allah... Dia sebaik2 perancang. Dia lebih mengetahui semuanya yang terbaik buat kita.Walaupun semua anak2 dilahirkan secara pembedahan, semua selamat. Kun Fa ya kun... 

Ibu mana yang tak jadi singa dengan anak??? Kalau ada memang saya sangat respectlah kat ibu tu... Member ofis yang ada anak sorang pun jadi singa. Apatah lagi saya yang ada 4 anak kecik ni kan... Sehinggakan saya kadang dah tak peduli dengan jiran sebelah dok kuat volume...Biasanya yang jadi ibu2 ni memang dah faham sangat situasi terjerit2 dengan anak ni. Takdelah sampai mendera. Just kuat suara jer... 

Penat...yer... itulah orang kata. Seeloknya jarakkan usia anak tu 2 tahun. Bila anak dah 2 tahun perkembangan mereka okeyla.. Dah boleh bercakap walau tak faham lansung kadang tu. Ibu pun dapat rehat yang secukupnya. Macam saya sekarang... anak yang kembar tu sedang lasak orang tua kata. Di usia nak cecah 2 tahun tu, otak sedang berkembang. Sedang menerokai dunia luar. Segala benda nak capai..nak try...uishhh dasyat...yang si kakak dah 3 tahun. Boleh dah nak harapkan itu ini. Tapi kadang datang angin tak betul tu, buat perangai jugakla kn... nak bermanja. Tak puas lagi bermanja, dah dapat adik...kembar pulak tu... Si kecik Ayra pulak mood tak menentu...baby lagi kan...kalau ada yang tak selesa pada dia, mesti dia menangis. Kita kena find out apakah yang baby nak...

Time bergaduh, haru biru jugaklah....bingit telinga tau. Kadang saya biarkan jer... sebab dah tak larat dengar. Saya akan ambil masa saya...senyapkan diri...hembus nafas...istighfar banyak2 dalam hati... dah lega sikit baru saya resolve apa yang patot.

Lagi apa yer... cabaran nak makan, mandi, buang air, solat... semuanya kena pandai curi masa... kadang sebab dah penat sangat sampai tak lalu nak makan dah...terkejar2 dengan anak...buat kerja rumah lagi...seriuslah...memang tension tau... rasa nak pakai maid jer. Macammanalah surirumah fulltime tu yer. Saya ni time cuti dengan time oncall jer dengan anak2 kat rumah. Tapi bila semua dah tidur, rasa kesian jer kat anak2 sebab marahkan mereka siang tadi... itu adalah perasaan yang normal bagi ibu2....betul tak ibu2?

Ha..panjang dah kan...bebelan isi luahan hati...hihi...
Semoga setiap hari Allah akan titipkan kesabaran buatku..
Semoga aku terus menjadi seorang ibu yang banyak bersabar dengan kerenah anak2.
Semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga anak2...

Jomlah share pengalaman korang pulak... buat inspirasi dan semngat....


Read more ...

Puree buah untuk Ayra

 Hujung bulan ni Ayra dah 6 bulan.. Hajat hati nak intro puree je masa awal2 ni.Tapi entah macammana... terbuat jugak bubur nasi untuk ayra...Puree ni tuk stok seminggu. Nak campur dalam bubur nanti.

Puree carrot dan labu dulu. Sesi stim kan mereka.

Dah siap blender...Kita letakkan dalam bekas kecik untuk disimpan dalam freezer.

Nur Ayra... Fasa meniarap. Dah tonggeng2 nak merangkak kot...
Read more ...

Santai di Taman Tema Air De Rhu Beach Resort, Kuantan

Cuti panjang 2 minggu... kenapa 2 minggu?
Start 1 Mei memang saya tak perlu datang ofis dah sebab oncall. Pastu berlarutan ambil cuti duduk rumah sebab anak2 semua tak sihat. Iman dan Hakim kena ulser mulut. 
Ya Allah.... tuhan je yang tahu betapa serabutnya minggu tu....bertembung dengan hari nak bukak kedai gunting rambut abahnya lagi. Aish.. macam2 hal minggu tu. Next entry nak cerita sikit. Kerja semula 13 Mei... lama giler cuti..rasa macam nak cuti jer selamanya.

Tapi untuk entri kali ni nak cerita pasal santai kat De Rhu Beach Resort. Sebenanrnya takdelah dalam plan pun nak pergi sana. Lepas tu adik ipar ada call tanya bukak ke tak De Rhu tu. Teruslah ajak family pergi. Masa tu adik yang dok Subang ada balik. So, tengahari lepas makan nasi tu geraklah ke Kuantan. Anak2 bukan main seronok lagi dapat berjalan. Al maklumlah duduk kat Pekan tak lepas ke mana2. Ibu Abah terpaksa kerja. Kadang nak bersembang pun tak dan dalam sehari tu.

Bayaran :
RM10 dewasa
RM7 kanak-kanak  

Sesi pagi : 8pg-12tghari
Sesi petang : 02ptg-07ptg
 

 Terima kasih abah sudi melayan anak-anakku yang ramai tu.

Masa ni dah siap mandi belaka. Tunggu Nisa kot yang belu siap salin pakaian. Kembar kelaparan tu lepas mandi.
 My Iman...suka sangat dapat main air.

Terima kasih ma sudi melayan kerenah anak-anakku yang pelbagai ragam. 

 Adik yang bongsu. Melayan anak2 buah...

Family Subang in da house.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...